Monday 14 April 2014

Gay KAH dia?

Hmm.
 
Mula-mula dah mengeluh.
 
Aku tak nak mengeluh sebenarnya. Tapi hati ni rasa tak sedap lah.
 
Aku rasa tak sedap hati sebab, aku tetiba rasa macam... gay kah sebenarnya si kekasih aku? Aduhai. Yerp. Memang dia mengakui dia dulu dapat 'benda' tu sebab 'perempuan'.
 
Tapi setakat itu sahaja. Aku tak tau apa maksud sebenarnya 'perempuan' tu.
 
Apa eh?
 
Main dengan 'perempuan' jalanan kah? Aku tak berani nak tanya lebih lanjut. Jugak sebenarnya, aku teringin sangat Tanya macam mana dia boleh dapat perempuan, ke perempuan tepi jalan??? Senang eh nak dapat?
 
Aku celaru sensorang. Parah!
 
Ke sebenarnya dia nak tutup cerita sebenar yang dia sebenarnya gay. Entah. Aku rasa sangsi. Rasa mcam nak rome-romen je dia. Sebab nak tau  betul ke dia tak gay ke sebaliknya?
 
Astagfirulahalazimmmm.
 
Bukan ke sepatutnya aku menerima dia seadanya. Ya Allah apa kena lah dengan aku ni.
 
 
Bye.

Saturday 5 April 2014

Jakun

Hello.

Rumah dah ada internet!

Jakun kejap! Bukan jakun kejap. Tapi jakun banyak. mih mih mih.


BYE!

Friday 4 April 2014

Persediaan Tunang + Nikah

Assalamualaikum.

Sekarang tengah free kejap. Nak ikutkan tak free mana pun. Tapi cuba jugak ambik masa menaip apa yang patut. Sebabnya dah April dah! Tapi tak ada apa-apa cerita menarik pun aku kongsi kat sini. Tapi nak diikutkan sangat banyak!

Hujung minggu yang lepas, si kekasih hati balik kampung. Dulu masa aku dekat semenanjung, kalau si kekasih nak balik kampung aku memang gedik nak mengikut sama. Almaklumlah, kampung sebelah-sebelah! Kalau tumpang dia tambang jimat. HEHE.

Tapi bila aku dah jauh di perantauan ni, maka memendam rasa jelah. Dalam masa yang sama si encik kekasih ni dia buat sesuatu tanpa berbincang dengan aku  langsung. Aku tak taulah kenapa rasa macam nak marah. Patutnya aku bersyukur.

Si kekasih hati memang tidak dinafikan sangat rapat dengan emak dia. Dalam adik beradik, yang aku tengok memang dia banyak call emak dia dan share banyak cerita. Itu yang terkadang aku fikir, kalau lah emak dia tau dia macam tu. Sedihnya!

Abaikan cerita tu...

Nak dijadikan cerita lagi, si encik kekasih hati dan beli gelang tangan untuk majlis akad nikah kitorang nanti. Alhamdulillah. Nampak dia dah mula buat persediaan yang rapi untuk majlis yang akan datang. Nampak kesungguhan dia nak nikah dengan aku.

Tapi yang nak menjadikan aku marah tu, aku tak tau pun design apa yang dia beli untuk aku? Bentuk yang macam mana pun aku tak tau? Kesian aku taw tak diberi langsung peluang untuk memilih. Yelahhh, aku sedar bukan duit aku yang beli.

Sama kes dengan cincin tunang aku untuk bulan 5 ni. Sebenarnya... aku pun tak tau bentuk yang macam mana dia beli. Dia suka beli tanpa aku. Dia suka bawak emak dia jeeee.

Bukan aku nak jeles dengan emak dia. Tak mungkin! Tapi... bukan ke perkara biasa, kalau pasangan yang bercinta nak nikah tu. Dorang akan keluar sama dan pilih sama-sama. Kan sweet gitu.

Mungkin dia rasa aku jauh. Tapi waktu beli cincin tu? Aku masih kat Semenanjung kot. Kecik hati aku! Tapi aku kena lah positif. 

Kalau lah aku jauh, wassap kan ada? Kan boleh tanya aku mana satu cantik ke apa? Kan boleh pilih. Tunggu jela masa nikah nanti. Semua benda pun nak surprise.

Lagi satu dia nak surprise, tak nak bagitau warna tunang nanti. Dia tak ada jawapan yang jelas pihak keluarga dia datang bertema apa? 

Aku mula lah bebel-bebel... Yelah tak nak bagitau, nanti datang-datang dua pihak sama warna. Macam mana? Nampak sangat yang kita ni tak berbincang. Tak ada muafakat! Dia boleh jawab. Oke je. Baru lah surprise. SABAR jelah...

Itu jelah yang aku nak bebelkan harini. Biasalah orang pompuan! Kalau tak mengomel tak sempurna jadi perempuan. hehe


P/s Sebenarnya aku risau, kesihatan dia kat sana tak bagus. Aku tak taulah, sebab kalau demam dia lain macam sikit. 


Monday 31 March 2014

Hello Isnin!

Assalamualaikum & Hello Isnin!

Jam 1.37 petang sekarang & aku baru nak ambik nafas segar sikit. Baru settel kelas dan mana-mana yang patut. Selepas seminggu bercuti, rasa macam tak cukup je cuti. Padahal dekat rumah tidur je pun.

Busy bee lah konon!

Tapi bila je masuk opis hari ni. Tetiba naik nama aku untuk jadi setiausaha untuk satu program. Mula tu aku macam oke je untuk jadi S/U ke apa pun. Tapi bila tengok tarikh tu adalah cuti sekolah bulan Mei ni. Hati aku meruntun pilu jap. Tiket flight dah beli sebabnya. Sedih bukan kepalang! Adakah aku kena korbankan tiket itu? T_T

Sebabnya... cuti sekolah ni aku nak bertunang. Satu apa pun tak siap lagi ni. Semua benda aku serah bulat je pada family aku. 

Tetiba aku nak stress kejap. Ngade tak aku? Tapi apa pun aku kena postif. =)


Wassalam.

Thursday 27 March 2014

Persediaan Baju Nikah

Assalamualaikum.

Rasa tersenyum dekat sini sebab baju nikah dah ada! Alhamdulillah syukur.

Si encik kekasih ni bila aku dah jauh dari dia. Baru aku nampak kesungguhan dia tu. Dulu mungkin buat tak tau je dengan aku sebab depan mata. Tapi bila dah jauh ni, aku baru sedar  dia memang nak kahwin dengan aku. Dulu macam terpaksa rela je aku tengok! HAHA. Jahat aku ni fikir yang bukan-bukan.

Berbalik dengan baju nikah aku tadi, sebenarnya aku memang nak putih! Aku tak tau kenapa, tapi dari aku zaman kanak-kanak lagi. Kalau berangan untuk nikah atau berangan kahwin-kahwin, memang aku mengimpikan putih. Sebab bagi aku, putih tu simbolik kesucian. Nikah tu kan suci gitu. Aku memang gatal dari kecik rupanya!

Tapi...

Tapi hampir bertekak lah jugak, sebab si encik kekasih tak nak putih. Tak nak sungguh-sungguh. Kalau nak putih suruh aku nikah sorang-sorang. Hamboi. Lagi satu... Seolah-olah dia merasakan warna putih tu untuk kematian. Sampaikan dia cakap, yang umur dia kan tak panjang. Waduh, sabar jelah aku. Disebabkan rasa dalam hati dia macam tu, aku layankan je. Malas nak cerita panjang.

Nak tau warna apa dia pilih akhirnya untuk majlis pernikahan kitorang nanti??

Warna kelabu + purple! Cantik tak agak-agak? Lace dia yang luar purple then kain dalam kelabu. Aku tengok kain dia macam cantik sebab kain yang jenis berat. Aku tengok dari jauh jela. Encik cinta suruh aku tengok dari wassap je. Dia yang semangat nak warna tu.  Lagipun dah dia nak belanja. Aku suka je. HEHE.

Tapi aku cakap lah dengan dia, nanti warna untuk sanding biar aku yang tentukan. Dia jawab ok. Tapi aku tak yakin dia akan ok semudah itu. Ishk3

Bila dah borak-borak lepas tu. Encik cinta bagitau kat aku harga sebenar kain yang dia beli tu. Masa aku tau tu macam nak tercabut jantung. Mahal ya rabbi! Tapi aku tak show depan dia yang aku geram dan rasa nak marah. Aku senyap je pura-pura tak ada apa.

Tapi aku memang tak tahan. Aku text dia jugak.. " Awak ni first step dah salah. Membazir mahal sangat." Dia memang macam tulah, dia selamba jawab "Ok."

Hmmm.

Nak tau tak berapa harga baju tu? Bagi aku mahal lah. Sebabnya aku ni bukanlah gadis kaya raya yang pakai benda yang mahal-mahal ni. Tapi mungkin bagi kalian harga dia biasa je. Bayangkan baju kain bahan sahaja. Belum jahit lagi. Belum dengan sampin lagi. Belum apa-apalah senang cerita. Nak dekat 1K!

Aduhai.

Baru nak cari baju nikah pun dah pusing kepala kejap. Tapi ok jela. Aku malas dah nak fikir. Nanti cuti sekolah bulan 5 ni aku balik semenanjung aku nak tempah. Tapi tula, design macam mana pulak lah aku nak buat ni. Orang pompuan memang banyak songeh macam ni eh kalau nak kahwin? HEHE


Wassalam.

Wednesday 26 March 2014

Dunia & Kerjaya Baru

Salam.

Wah, sekian lama aku tak mencoret kat sini. Aduhai, kekangan masa dan pelbagai masalah bila sampai kat tempat baru. 

Alhamdulillah sekarang ni baru emosi nak stabil sikit. Hampir berminggu tidur tak berbantal. Pusing kepala aku dibuatnya.

Sekarang ni aku online pakai internet library je! Menagih kasih sayang kat sini. Sebab rumah aku kosong enggak ada apa-apa.

Nanti kalau dah ada duit gaji, aku nak masukkan internet kat rumah tu. Nak pasang astro, nak beli tv, nak beli dapur, nak beli peti ais, nak beli mesin basuh, nak beli semua! HEHE. Rakus kan aku? Tapi dua bulan lagi lah ceritanya. 

Sejujurnya rasa sedih masa sampai sini. Sunyi sepi je. Peralihan tempat dari KL ke Borneo. Aku rasa kalian pun faham apa yang aku rasa. Tapi aku terus positif, bahawa rezeki aku di sini. Juga ketenangan serta kebahagiaan aku mungkin Allah nak bagi kat sini.

Aku ni kan lalai orangnya.  Pabila aku ditempatkan jauh dari dunia hiburan dan kealpaan. Aku sedar, Allah rindukan suara aku untuk terus berzikir kepadaNya. Sangat banyak hikmah yang bakal aku dapat. Cumanya, aku perlu kupas satu persatu hikmah tu. 

Semoga aku menemui ketenangan yang baru di sini. InshaAllah. =)


Wassalam.


Tuesday 4 March 2014

Bertukar Kerjaya & Dunia Baru

Assalamualaikum.

Bermingguan aku tak mengupdate apa-apa perkembangan terbaru kat sini. Ya Allah aku sangat sibuk. Sibuk yang melampau sampaikan selera makan pun hilang. Aku yang kuat makan ni, selera jadi tawar habis.

Nak dipendekkan cerita, aku sedang berkursus sekarang sampai minggu depan 11hb kat Grik. Aku dah berhenti kerja di KL secara tiba-tiba. Sedihnya! Bertahun aku kerja kat KL tu tapi rasa macam tak dihargai oleh bos aku. Disebabkan aku tak cukup sebulan notis, maka aku kena bayar ganti rugi. Satu sen pun aku tak bergaji bulan ni. Nangis berlagu-lagu aku dibuatnya. Dengan komitmen bank lagi, takkan semua tu nak mintak kat encik kekasih? Tapi nasib baik dia bagi sikit. hehe.

Alkisahnya, aku sebenarnya akan bekerja di Sarawak selepas ni. Akan terbang minggu depan dan bakal menetap di sana. Secara tidak langsung aku akan duduk berjauhan dengan encik kekasih. Aku tidak pasti apakah perancangan Allah. Menjauhkan aku dengan encik kekasih? Pasti ada hikmahnya.

Mempunyai kerjaya baru di perantauan orang, mampukah aku bermain dengan emosi? Sebab aku ni kan puteri air mata! Tapi kena tabahkan hati. Sebab aku yakin, rezeki kat tempat baru ni lah akan memberikan kebahagiaan dan kepuasan dalam dunia kerja aku mendidik anak bangsa. 

Bila aku dah sampai Sarawak nanti kita cerita panjang lagi! Doakan kebahagiaan aku ya. =) 


P/s Salam perkenalan Mak Wardah ada memberikan komen-komen di entry aku nih. :) Nanti free kita berbual balik ya. Thanks atas singgahan di belog buruk ini.

Monday 17 February 2014

Turbo VS Kahwin?

Salam & hello...

Macam nak kongsi cerita sikit. Tapi dah jadi macam belog perkahwinan pulak aku rasa. Asyik cerita pasal kahwin je. Menyampah tak baca?
 
Entahla, tak tau nak luah kat sapa. Nak cerita kat belog yang satu lagi rasa macam tak besh. Sebab ada unsur-unsur kesihatan si kekasih. So better cerita kat sini.
 
Tapi nak dijadikan cerita malam tadi aku macam berangin sikit dengan si kekasih hati. Dia memang kaki kereta. Itu sangat tak boleh dinafikan. Tahap suka kat kereta tu sampaikan langsung tak boleh nak pelan bawak kereta. Kalau kat highway nak je melulu 180km/ jam. Balik kampung kalau standard 2 jam dia boleh bawak 45 minit. Gila tak?
 
Sebenarnya dari aku awal kenal dia, dia memang dah mengidam sangat nak pakai enjin turbo. Tapi aku ingatkan tu cuma omong-omong kosong saja. Tapi lately dia macam so serious! Hadoi la.
 
Nak buat enjin semua tu bukan sikit-sikit duit. Lagi-lagi kalau dah dalam perancangan nak kahwin, Banyak benda nak kena fikir. Kenapa nak fikir kereta jugak?
 
Tapi kan, secara positifnya biarlah dia nak main kereta tu. Daripada dia 'main' yang tidak-tidak. Sebab maybe itu cara untuk dia release tension dia. Ni aku berangin bebel-bebel, mesti dia tension je dengan aku. So baik layan kereta daripada layan aku?
 
Apa eh nak cakap? Tapi aku tak boleh nak terima. Tak boleh! Tak boleh. Tak boleh. HEHE.
 
Haritu dia jugak yang cakap, selagi dia sihat macam sekarang ni. Kalau boleh nak kahwin ASAP. Tapi ni aku tengok berasappp je apa dia cakap. Hish. Tak ada makna.
 
Aku pun dengan rendah hati cakap dengan dia, "Ok buatlah kereta awak tu. Siapalah saya ni nak halang apa awak nak buat. Kita tangguh kahwin kita. 4 ke 5 tahun lagi lah kita kahwin!"
 
Err. 4 ke 5 tahun lagi dah 30++ umur aku. Tuanya!
 
Dipendekkan cerita, kalau dah ada jodoh. Tak kisah lah dia nak pakai enjin turbo ke apa. So tak payah lah susah hati. Kalau ada jodoh tak kemana. =)
 
 
kredit - google
 
Wassalam.
 
 

Saturday 15 February 2014

Kesihatan yang merosot.

Salam.

Selamat hari Sabtu kalian.

Aku baru balik kerja ni. Sambil rileks-rileks aku bukak lappy dan update cerita kat sini. Sambil tunggu nasik masak kat dapur. Laparnya! Jap lagi nak goreng telur je.

Aku sengaja kerja part time Sabtu & Ahad kumpul duit nak kahwin. Kononnya la, tapi tak jugak terkumpul banyak. Bila dapat gaji yang part time ni, aku pergi bawak berjoli. Beribu dapat, beribu habis. Kan? 

Abaikan cerita tu, sebenarnya aku nak cerita yang malam semalam aku pergi Hospital Sungai Buloh. Si encik kekasih hati demam teruk pulak dia. Demam yang berhari-hari sakit kepala dan kaki kanan kiri bengkak. Pelik la pulak aku rasa. Kenapa sampai nak bengkak macam tu? Padahal demam je kot.

Mula-mula aku buat tak ambik serius sangat, maybe demam biasa-biasa je. Tapi bila dia dah mintak aku tolong hantarkan pergi hospital sebab tak larat nak bawak kereta. Dia buat aku jadi debar-debar.

Sebabnya, dia bukan orang yang mudah nak mintak tolong dekat aku. Kalau dia rasa dia larat, dia akan cuba sedaya upaya dia.

Masa dalam kereta tu aku banyak diam je, malas nak bertanya bukan-bukan. Sebab keadaan dia yang macam tu tak nak lah buat dia lagi serabut. Kalau dia mulakan perbualan baru aku sambung.

Tiba-tiba dia cakap...

Awak.. saya bukan macam orang lain. Saya ada HIV. Kalau saya sakit macam ni, saya risau dengan diri saya. Kalau sakit saya melarat macam mana?

Masa dia cakap macam tu, aku terkedu. Apa yang aku nak jawab? 

Aku cuma cakap, "Ke awak allergic lagi dengan ubat HAART tu?"

Tak ada jawapan... 

(sebab dia dah bertukar stage rawatan HAART gara-gara dia hypersensitive dengan ubat peringkat pertama) - Kalau ada masa aku cerita lebih lanjut pasal ubat yang dia ambik sekarang dan kenapa dia jadi macam tu.

* * *

Lepas jumpa doktor, then ambik darah semua. So far keputusan tak ada apa-apa yang merisaukan aku. Cuma kalau dalam dua hari demam tak surut & kaki bengkak jugak. Doktor suruh datang hospital  lagi.

Hmmm...

Ya Allah.  Berikanlah kesihatan yang baik pada mereka yang aku sayang ya Allah. 

P/S:
Pabila kesihatan si kekasih hati merosot, secara tak langsung membuatkan aku berfikir sangat panjang. Masa tengah drive semalam. Aku memikirkan masa depan sekiranya takdir kami memang hidup bersama. Aku yang bakal menjadi seorang isteri dan juga kalau diizinkan bakal seorang ibu. Sekiranya insan bernama suami itu terlantar sakit, mampukah aku untuk terus membesarkan anak-anak aku tanpa sokongan seorang suami? Mampukah aku terus cekal dan tabah untuk setia. Semoga hati ini terus ikhlas ya Allah.

Eh nak makan lah! Jumpa lagi di lain entry.

Wassalam.

Friday 14 February 2014

Forum Wacana & Pendidikan |HIV & ISLAM|

Hype.

Pepetang hari sebelum balik kerja, aku saja blogwalking. Then terjumpa satu pasal forum ini. Aku rasa macam terujanya nak pergi!
 
Hari Ahad nih 16 Februari 2014 dekat Masjid Jamek KL. Rasa macam nak ajak encik kekasih hati sesame pergi menambah ilmu di dada. Tapi aku takut dia malas nak layan aku. Tetapi aku kerja minggu ni. Komitmen kerja, sebab aku sendiri yang sanggup kerja part time. Sedih rasanya. =(
 
Hmm.. COMFIRM best sebab Ustaz ni best!

kredit SINI
 
Kalau sesiapa ada lapang tu, jum pergi sama!
 
 
Bye.
 
 

Persediaan Barang Kahwin.

Hello & selamat hari Jumaat.


*Aku termenung kejap*
 
Si kekasih hati dah mula buat persediaan. Beliau mula dah beli barangan kemas. Hmmm.
 
Eh kenapa aku mengeluh?
 
Ke sebab dia beli, emas tengah murah sekarang? So dia ambik peluang tu. Ke sebab dia memang dah bersedia untuk tempuh alam rumah tangga. Tak ada idea untuk persoalan itu.
 
Kadang bukan apa, aku ni rasa macam nak kecik hati je dengan dia.
 
Sebab...
 
Kadang aku bebel-bebel itu ini nak tentukan tarikh kahwin lah, pasal kursus kahwin lah, pasal barang hantaran lah. Dia buat tak tau je dengan aku. Kadang aku rasa macam aku ni syok sendiri! hehe.
 
Tapi ni bila aku senyap je, tetiba dia beli barang kemas tanpa pengetahuan aku. Tau-tau wassap dekat aku gambar resit barang kemas yang dia beli! Wah? Nak surprise lah katanya.
 
Entah.
 
Tak pasti apa yang bermain di minda dia. Ke aku sedang keliru dengan minda lelaki. Ke aku yang emosi sorang.
 
Banyak kali dah aku cakap aku terima dia seadanya. Tapi itulah, sekadar berkata-kata itu memang sangat mudah. Mungkin dia kurang yakin dengan keyakinan aku.
 
Kalau ada jodoh, InshaAllah akan naik pelamin lah aku dalam tahun ni. Tapi paling lewat pun awal tahun depan. Yeay.
 
Aku ni merancang je, ketentuan JADI atau TAK tu kerja Allah. Aku cuma mengharapkan yang terbaik. Dan aku berusaha sedaya mungkin.
 
Diharapkan permulaan & persediaan ini dari pihak si dia, akan lebih memudahkan urusan kitorang untuk masa hadapan. InshaAllah.
 
 
Semoga kebahagiaan milik kita semua. (kredit - google)
 
P/S:
Aku rasa macam nak sanding pakai baju colour mustard! Cantik ke tak eh? teehe.


 
Wassalam.
 
 
 

Thursday 13 February 2014

Robocop Seronok.

Hello.

Malam tadi tengok movie cerita Robocop. Lama dah tak tengok wayang dengan kekasih hati. Beliau yang sibuk dengan kerja dari tahun lepas baru nak free awal tahun ni. So malam tadi dia ajak, maka aku layankan saja.
 
Tengok wayang pukul 10 malam area Wangsamaju, habis pukul 12 lebih kurang. Masa tengok tu, pukul 11 dia makan ubat dalam panggung. Biasalah dia memang ambik ubat tiap pukul 11.
 
Abaikan cerita tu, sebab itu memang wajib untuk kesihatan dia.
 
Aku nak cakap aku SUKA. Aku bagi tiga bintang setengah. Walaupun encik kekasih nak bagi tiga bintang je.
 
Aku macam suka bahagian kekeluargaan dia tu dalam cerita Robocop ni. Betapa sayang suami dia kat isteri dia. Touching I taw. Adakah aku akan dapat kasih sayang seorang suami yang begitu? Sanggup bersusah senang bersama?
 
Tengok tu betapa nak ikut sangat movie! Berangan sangat. HEHE.
 
Eh nak sambung kelas ni.
 
 
BYE!

Wednesday 12 February 2014

Percutian Terindah

Hello.

Sudah pulang bercuti!

Hitam legam lah aku. Walaupun aku hitam tapi masih manis. *senyum manja*

*gadis ini belajar untuk terus tabah* =)


Tapi Alhamdulillah, sedikit sebanyak percutian aku ada merungkai beberapa persoalan yang aku risaukan. Tapi sejauh mana kekal keyakinan tu? Entah aku tak pasti.
 
Banyak benda yang aku nak kongsikan. Tetapi selalu rasa tersekat. Kadang dah menaip separuh jalan, tapi masuk draft je. Kelu bisu nak meneruskan bicara. Kadang rasa idea mencurah-curah, tapi tiba-tiba hilang macam tu je.
 
Rasanya banyak hutang cerita yang tak tercerita kat sini. Tak apalah, pelan-pelan ambik masa. Semua benda pun kena ambik masa kalau nak sempurna. Kelam kabut sangat nanti apa pun tak jadi.

Sebenarnya, aku ada meluahkan apa yang tersirat ini kepada kawan baik aku. Tapi Ya Allah sedihnya, beliau 100% menghalang apa jalan yang aku pilih ni. Tanpa sedikit ruang pun untuk aku meluahkan. Sedikit aku terluka. Mengada aku ni?

Itu nanti, aku ceritakan masalah yang aku rasa kawan baik aku boleh memahami tetapi tidak.


Wassalam.
 
 

Thursday 6 February 2014

Bercuti - Langkawi

Hype.

Malam ni aku nak terbang pergi Langkawi. Kali pertama pergi! Teruja sungguh aku. Ke nak kesian? Sebab umur aku dah lanjut macam ni pun tak pernah sampai.

Tak rancang sangat pun, duduk dalam office tu bukak-bukak website air asia. Tengok Langkawi eh macam best je! Aku terus je book ticket & akan pergi berdua dengan kawan aku. Biasa kalau benda plan sangat tak menjadi. Kalau aku lahhh.

Nak bercuti kejap rehatkan minda. Kiranya ni percutian yang pertama untuk tahun 2014. Harapnya nanti balik dari Langkawi, banyak benda aku boleh selesaikan. Sekarang ni emosi macam dah stabil, tapi nak lagi extravaganza stabil. InshaAllah.

Nantilah aku share buah tangan from Langkawi kat sini. *senyum*



SELAMAT BERCUTI UNTUK 'wanita rahsia'.


Wassalam.

Wednesday 5 February 2014

Menantikan perubahan itu... bila?

Hype.

Tadi keluar makan dengan si kekasih hati. Aku ni memang tiap hari jumpa walaupun kejap. Kalau tak jumpa aku rasa macam nak merajuk, gedik kan? Oke abaikan. Aku makan kerabu kaki ayam! Sedap gila.

Okeh alkisahnya...

Tadi aku rasa memang aku perlu tegur dia nih. Bau kuat sangat dia 'minum'. Dah tau 'minum' tapi nak bisik-bisik manja pulak. Memang aku baulah. Aku pun pernah remaja belia, tak mungkin aku tak tahu menahu pasal benda dan bau macam tu.

Tapi aku rileks je dulu tak terus cakap lepas, aku bagi dia makan habis. Dah rasa macam nasik dah turun ke bawah. Dia dah hisap rokok sebatang ke, baru aku tegur pelan-pelan.

"Awak minum lagi ke?" (Dia pandang aku. Ke entah buat-buat tak dengar)

Aku pun tambah lagi,

"Awak kata dah tak nak minum? Awak dah cakap dengan saya awak nak berhenti. Tapi awak minum je ni saya tengok?"

Dia jawab,

" Kenapa cakap  macam tuu?"

Aku pun tambah lagi...

"Bukan sekali saya bau wak. Banyak kali dah. Mula-mula saya diam je. Sebab saya rasa mungkin haritu jelah awak ambik. Ni banyak kali ambik kan?"

Dia pun jawab,

"Saya sakit perut ni".

Hamboi la  terus tukar topic!

Aku khuatir dan sangat bimbang sebenarnya. Dia kan dalam rawatan HAART tu. Kalau dia minum benda yang bukan-bukan. Macam mana dengan kesihatan dia. Dah tau dah benda tu tak bagus untuk badan.

Itulah kan, kita risaukan dia. Dia langsung tak kisah pasal badan dia. Sukar untuk difahami diorang nih. Tapi aku harap bila dah semakin dekat tarikh perkahwinan tu nanti, dia akan sedar tanggungjawab dia. InshaAllah kalau berjodoh.



Wallahualam.


Tuesday 4 February 2014

...pengakuan itu yang aku tunggu.

Hype.

Bercuti empat hari!
 
Banyaknya kerja nak kena hadap, baru ada masa nak menjenguk sini. Ada perkara macam-macam yang aku nak kongsikan. Ada rasa gembira ada rasa kecewa.
 
Tapi pokoknya di sini aku nak berkongsi,
 
Si kekasih hati dah mengaku dengan aku mana dia dapat virus tu. Tetapi secara jujurnya aku sangat tabah ketika dia meluahkan rasa itu. Entah dari mana kekuatan itu. Mungkin hati ini sudah belajar tabah.
 
Semoga arus ketabahan ini terus kekal di hati aku. Oh lupa, nantikan enty lain akan ku kongsikan kisah itu. Kerja banyak ni! HEHE
 
 
Wassalam.

Saturday 1 February 2014

Explanation On How HAART Treatment Can Prevent Infection Of The HIV To The Couple and The Children.

THE MARRIAGE OF PEOPLE LIVING HIV (PLHIV) AND NON PEOPLE LIVING HIV.
 
PLHIV who married with non PLHIV can avoid the infection and having children free HIV by using the right method and treatment.

 
The explanation:
The couple who will get married and have the intention of having children must get the HAART treatment before the sexual intercourse and when the treatment was effective, it can be considered as there is no risk of infection.
 
The term of “can be considered as there is no risk of infection” must be use because we are not God and if the negligence of the couple during the sexual intercourse.
By using the HAART treatment the virus can control until the stage of
 
Undetectable and when it reaches of this stage, the virus is unable to spread.
Furthermore, according to the latest research by WHO, in this Undetectable stage, without the use of condom is still consider as safe from the risk of infection.
If the couple use the condom during the sexual intercourse certainly the level of protection is very high. This also means that the couple can have the children free HIV.
 
 
HOW IF THE DOCTOR DID NOT PROPOSE THE HAART TREATMENT?
 
Supposedly all the couple who will get married is entitled to get the HAART treatment in order for them to prevent the infection the other non PLHIV couple and the children. The PLHIV must seek for an advice from the doctor and entitled to get as many opinions and support from different doctors if they are not satisfied with one doctor. 
 
The use of condom in this circumstance is compulsory and the couple is advised not to have children without prior HAART treatment.

 
THE PLHIV HAS STARTED HAART TREATMENT, VIRAL LOAD UNDETECTABLE AND INTENT TO HAVE CHILDREN, BUT HOW CAN THE PLHIV HAVE CHILDREN IF THEY USE CONDOM DURING THE SEXUAL INTERCOURSE?
 
The PLHIV must seek and advice from the doctor regarding to the menstrual cycle and fertile time. During that time, is unnecessary to use the condom while having sexual intercourse.
Unnecessary to use the condom means when almost reach to the climax the condom can be removed.
 
Another choice is, if the husband is non PLHIV, is more safe if the semen insert in the syringe before inject into the vagina of the wife.
According to the friend’s experience, by using the right treatment and method, the infection never took place to the couple and the children.
If the husband is non PLHIV, the method is still the same.
Note: Please ensure that you are free from any venereal disease and Hepatitis.
 

THE MARRIAGE OF PLHIV AND PLHIV
 
The method use is similar with the method as discussed above. Even though both are PLHIV, the treatment and the use of protection is mandatory because there are a different quantity of virus in each individual. The PLHIV who have lower Viral Load is risky of download higher Viral Load.
 

HIV CAN BE EFECTED IN 4 WAYS AS BELLOW:
 
By having sexual intercourse with the PLHIV (without treatment) and have no preventive measures.
Through the vertical which is from the couple of PLHIV to the children during the pregnancy, during the birth process or during the breastfeeding (without treatment).
Sharing needles and syringes contaminated with HIV.
Blood transfusion or organ transplant contaminated with HIV.


 
Note: The virus can only lasting in the in body fluids, if being exposed outside the human body, the virus will die.
 
 
 
 

Friday 31 January 2014

VIDEO TENTANG HIV 1 - Apa itu HIV?

Hello.

Jum sama-sama tengok. Rasanya semua orang dah tau! Tapi tak apa, kita tambah ilmu di dada.




Semoga bermanfaat. =)

Thursday 30 January 2014

DEDIKASI KHAS UNTUK PARA GADIS YANG NEKAD MAHU BERKAHWIN DENGAN ORANG YANG HIDUP DENGAN HIV (ODHA)


Hype.

Sejujurnya last week aku memang ada pm Abang Pie untuk mintak pendapat sikit. Tapi tak sempat nak bertanya panjang sebab  aku risau akan menganggu beliau.

Jugak ada pm Abang Najmi sebelum-sebelum tu. Rasanya ramai yang kenal mereka nih as a blogger secara tidak langsung kalau banyak baca artikel tentang HIV dan perkara-perkara yang berkaitan.

Alkisahnya...
 
Aku rasa bukan aku saja, ada jugak gegadis yang sama situasi dengan aku. Buat apa yang aku buat sekarang. Sebab... nak mencari kepastian dan kekuatan diri.  Jadi sibuklah ke sana dan ke sini mencari sesuatu yang tak pasti.

Maka dalam hari Isnin yang lepas datang kerja, pagi-pagi kerja aku bukak belog dan baca mana-mana yang patut. Dan terbaca entry seperti yang di bawah. Dua tiga kali aku ulang baca.

Sumpah berdebar-debar! Sebijik macam aku nih. Itulah pepatah siapa yang makan cili, akan terasa pedasnya.hehe.

 
* * *


 " Sejujurnya ini adalah antara entri yang sangat berat untuk aku kongsikan secara terbuka. Aku tahu ianya melibatkan sensitiviti banyak pihak. Mungkin ramai yang akan terasa hati. Akibatnya aku mungkin dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan bakal kehilangan kawan.

Tetapi, apabila semakin hari semakin banyak aku berdepan dengan isu tersebut, kadangkala aku bingung kerana aku tahu isu ini menyebabkan golongan yang teraniaya semakin teraniaya.

Begini.

Perempuan, apabila menghubungiku meminta pandangan untuk mendirikan rumahtangga bersama ODHA, biasanya yang mereka risaukan ialah adakah mereka berisiko dijangkiti, peluang bakal suami hidup sihat, peluang mendapat zuriat bebas HIV, rawatan, masa depan, dan sebagainya. Memang dalam soal tersebut sebenarnya tidak ada banyak masalah.

Semangat mereka pula biasanya sangat berkobar-kobar. Rela berkorban dan sungguh setia. Malahan kadang-kadang lebih teruja untuk membantu bakal suami. Setakat tolong temankan bakal suami jumpa doktor itu, doktor ini, telefon sana, telefon sini untuk dapatkan pandangan atau berikan sokongan, itu standard! Malah, belum apa-apa lagi ada yang sibuk hendak menjadi supporter dan volunteer. Memang bagus, tetapi tidak semudah itu, dik. Banyak perkara yang perlu difahami terlebih dahulu.

Mereka selalunya panik, sangat risau jika perkahwinanterpaksa dibatalkan. Boleh difahami. Maklum sahaja tarikh perkahwinan semakin hampir sedangkan result ujian saringan HIV pra perkahwinan baru saja diketahui. Mana mereka hendak letak muka kerana semua ahli keluarga sudah tahu, kad jemputan ke majlis perkahwinan telah diedarkan, dan macam-macam persediaan telah dibuat.

Ibu dan bapa pula sangat teruja kerana bakal menerima calon menantu mithali. Apa tidaknya – tutur kata lemah lembut, pengetahuan agama boleh tahan, gentleman, punya karier memuaskan, pembersih, rajin di dapur, hormat orang tua, aktif bersukan, tubuh badan sedap mata memandang (six pack), dressing meletup, dan banyak kelebihan dalam macam-macam perkara. Arghhh… mudah cerita memang ‘sempurnalah’!

Tolonglah faham…

Di sebalik semua perkara tersebut, ada perkara yang aku rasa lebih penting yang perlu mereka faham betul-betul sebelum meneruskan hasrat. Hendak diterangkan secara terbuka di blog ini, bimbang menimbulkan salah faham dan lebih banyak stigma. Tidak diterangkan pun salah. Jadi, ini sahajalah kemampuan dan pertolongan yang mampu aku berikan. Setiap hari aku berdepan dengan pelbagai kerenah dan suka duka komuniti. Aku tahu permainan emosi dan psikologi komuniti. Aku tahu beberapa perkara penting yang orang awam tidak tahu.

Keutamaan aku adalah untuk menjaga kebajikan pihak perempuan. Di penghujung segala ujian, perempuanlah yang biasanya menjadi mangsa sebenarya. Peliknya, aku yang cuba membantu dianggap cuba menghalang hasrat mereka. Akibat denial tentang perkara yang mereka tidak sanggup fikirkan atau langsung tidak faham atau memang sengaja tidak mahu faham, atau cuma mahu faham secara berpilih, aku pula dijadikannya musuh.

* * *

Kalau diterangkan pun, belum apa-apa mereka anggap sudah faham semua perkara. Lebih teruk, semua perkara yang aku cuba minta mereka fikirkan betul-betul dianggap tidak penting. Apabila aku cadangkan untuk berjumpa kaunselor jika tidak mempercayai aku, mereka anggap remeh.

Jika sudah kemaruk cinta, kita cakap apa pun tidak berguna. Semuanya mereka anggap mudah dan boleh diatasi. Yang penting bagi mereka, mereka hendak berkahwin. Jika dinasihatkan, mereka kata mereka tahu bahawa perkahwinan ini soal amanah dan tanggungjawab. Sudah pertimbangkan macam-macam perkara. Sudah istisyarah dan istikharah. Tahu bahawa ini komitmen seumur hidup. Sudah dapat restu keluarga. Betulkah keluarga memang faham semua persoalan ini? 

 Sudahnya, selepas sebulan dua berkahwin mulalah sibuk hubungi aku semula. Sudahnya ada yang berkahwin sehingga 5 – 6 tahun tidak pernah disentuh suami. Atau, walaupun mempunyai ramai anak dan kelihatan normal sebagai keluarga biasa, tetapi hakikat sebenar ujian hidup, Tuhan sahaja yang tahu. Alami deraan dan trauma mental yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat. Sendirian.

Kalau sekadar mahu dengar pandangan yang menyenangkan hati, terpulanglah. Kalau sudah hendak kahwin sangat, kahwinlah. Tidak ada kena-mengena dengan aku. Aku doakan yang baik-baik sahaja.

Jadi, kepada yang berfikiran terbuka dan rasional, cuba fahamkan betul-betul apa yang tersirat di sebalik perkongsian ini. Jika ada perkara yang belum pasti, boleh sahaja hubungi aku. Tetapi sebaik-baiknya telefonlah. Aku tidak larat hendak berbalas-balas e-mel, SMS, FB messages, dan Whatsapp panjang lebar. Banyak perkara yang perlu aku uruskan.

Tetapi janganlah anggap bahawa apabila aku kongsikan isu ini, aku bermaksud menghalang perkahwinan dengan ODHA. Relax la. Aku sendiri pun ODHA. Mustahil aku tergamak hendak halang orang mahu bina masjid. Aku memang sokong pun. Malah aku sentiasa cuba temukan jodoh yang serasi. Ramai sahaja yang sudah berkahwin dan hidup bahagia.

Apa yang aku maksudkan, cuba berfikir secara rasional. Cuba minimakan risiko tertentu yang jauh lebih dahsyat berbanding HIV. HIV terlalu simple untuk difahami. Tetapi, attitude manusia, masya Allah! Ingatlah. Kesilapan sekarang mungkin akan memberikan kesan seumur hidup.


* * *


Beberapa tips mudah

-       Pastikan bakal suami menitikberatkan tuntutan solat dan nilai-nilai agama.

-       Cuba kenali rakan-rakan rapat bakal suami. Perhatikan cara pergaulan dan aktiviti mereka. Jangan sampai kelihatan mengongkong atau buruk sangka.

-       Pastikan bakal suami memang seorang yang jujur. Jika selalu dan pernah berdolak-dalih, serta merahsiakan sesuatu yang sepatutnya tidak perlu dirahsiakan, berhati-hatilah.

-       Strong character, stabil emosi dan psikologi. Jika selalu down, moody, sering minta dibantu, difahami, dan merajuk mengalahkan anda sendiri seorang perempuan, sila fikirkan kembali keputusan anda.

-       Terlalu perfectionist, ego, dingin, keras hati, mendesak, mengongkong, dan sukar menerima kelemahan anda. Ianya mungkin petanda-petanda negatif.

-       Memahami perasaan dan tekanan anda sebagai bakal isteri dan sentiasa bersedia memberikan sokongan bila-bila perlu. Bersedia menerima segala kekuatan dan kelemahan anda.

-       Memahami maklumat asas HIV, bersedia menjalani rawatan dan patuh kepada rawatan. Faham merangkumi, tahu cara mengelakkan jangkitan, dan bersedia mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan. Faham cara untuk mendapatkan zuriat bebas HIV. Sentiasa berfikiran dan bersikap positif. "

KREDIT HERE :
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


* * *


Sampai sekarang hati aku terkesan dengan kenyataan yang kat bawah ni...

 "Lebih baik menangis sekarang daripada menangis seumur hidup selepas segalanya dah terjadi." 

Adakah aku perlu menangis lagi? Tapi kali nih nangis dia lain macam sikit nih.

Aku pernah menangis bertahun lamanya sebelum ni, dan apabila aku menemui si kekasih hati. Aku ingat aku dah tak nak nangis dah. Tapi nih nangis lagi teruk. Kan?

Nanti lah aku cerita kenapa aku nangis teruk sebelum ni. Banyak cerita yang aku nak kongsi, tapi masa sangat terhad dengan kerjaya aku sekarang.

Mood tengah jatuh, rasa macam tak nak kahwin sampai bila-bila! HEHE. (Biasalah ayat pompuan tengah kuciwa)

Tapi satu kenyataan ni pun terkadang buat aku lega,

"Akan ada pelangi selepas hujan..." 

Tapi dalam kes aku ni, aku belum dapat rasa pelangi tu. Mungkin ada? Mungkin tak ada? Tapi kita kena percaya, ketentuan Allah itu sangat cantik.

 

Wassalam.

 

Wednesday 29 January 2014

Sebenarnya... aku masih tidak tahu?

Hype.

Waktu lunch sekarang. Tak nak makan sebab pagi tadi dah makan Nasik lemak banyakkk, sebab nak body macam Kila Fairy. Auwh! Hot kan? Hehe.
 
 
Kalau badan aku begini? Nak ngorat aku tak? (senyum gatal) - kredit google
 
Kalaulah aku dapat badan macam di atas tu! Tapi nak workout malas ya Rabbi. So abaikan angan-angan aku ni.


* * *


Sebenarnya... aku masih tak tau dari mana encik kekasih dapat virus HIV. Sangat tak tau! Jauh dalam lubuk hati aku, aku nak tau. Naluri seorang perempuan kan begitu.

Tapi... bila aku tanya. Tak ada jawapan.

Tapi... Aku tak boleh paksa dia. Tapi aku nak tau. Ada orang kata, jangan paksa untuk mendapat jawapan. Sebab nanti buat dia stress. So tak bagus untuk count CD4.

Kalau dia jujur dengan kita, lambat laun dia akan bagitau. Sabarlah wahai hati. Adoi. Lambatnya!

Tapi... macam mana nak tau kalau dia buat tak tau je?

Tapi... bila dia tak bagitau, kepala otak aku ni berteka-teki saja. Pagi petang siang malam fikir. *PITAM*

Macam nak sedih. Tapi nampak aku ni over sangat! So aku buat-buat rileks. So far aku tak pernah lah menangis depan dia. Aku sedih sorang-sorang je dalam bilik. Aku perlu tunjuk kat dia yang aku ni kuat untuk hidup dengan dia.

Sebab... aku ada cakap. Aku nak jadi tulang belakang dia. Tak kira apa pun yang jadi, aku tetap akan sokong dia.

Tapi tulah, mana dia dapat?  Tengok?? Aku ni berteka-teki sampai bila entah.

Kalau nak ikutkan, ada beberapa sebab je yang dia boleh dapat HIV tu? Tapi... aku berat merasakan, dia dapat maybe dia ambik dadah sebab kongsi jarum? Yeke? Ke sebab dia bertukar pasangan sebelum bercinta dengan aku? Ke dia memang gay? Ya Allah. Banyaknya persoalan. Entah pape la kepala otak aku nih.

Sebenarnya, tak perlu pun fikir mana punca dia dapat. Yang penting aku ikhlas menerima dia. Itu point utama dia sekarang. Ya Allah kekalkan keikhlasan dalam hati ini.

Tapi keyakinan aku sekarang sedang menurun. Bagi aku, aku perlu tau. Sangat perlu!

Mungkinkah aku perlu menangis teruk sekarang daripada aku menangis untuk seumur hidup aku? Belum ada jawapan yang pasti. *kabur*


Please SENYUM  Wanita Rahsia! =)

 

Wassalam.

Mungkin...

Hype.

Aku memang tak nak tahu pasal mungkin ni. Tak nak jugak benda ni jadi pada aku. Ya, aku pentingkan diri sendiri.
 
Tapi semalam, si kekasih hati macam ada bagi 'hint'. Dia cakap-cakap seolah dia adalah GAY? Kalau dia gay pun kenapa? Dia tanya aku balik tapi gelak-gelak. Gelak tu tak bermakna tak buat ye. Mungkin nak cover line!
 
Aku ada kerja nak buat nih. Nanti aku cerita macam mana isu ni tiba-tiba wujud.
 
Padahal aku KONON yakin dia dapat hiv tu bukan sebab kegiatan gay. Tapi sekarang macam nampak dah jawapan dia. Walaupun belum pasti.
 
Ya Tuhan. Tabahkan aku.
 
 

Tuesday 28 January 2014

CD4 & Paras Kiraan Viral Load TERKINI!

Hello.

Dapat call dari Encik kekasih hati. Selepas berpuluh kali aku call dia tak angkat.
 
Baru pulang dari Hospital rupanya dia. Macam biasa, Hospital Sungai Buloh. Kalau pergi hospital, dia selalu senyap. Diamkan diri. Call pun tak mau angkat. Mesej pun tak nak balas. Aku pun tak paham kenapa dia begitu.
 
Tapi aku layankan saja. Aku positifkan diri, kalau aku berada kat tempat dia maybe aku macam tu jugak. Sebab aku percaya, kadang-kadang kita memang nak ruang untuk menyendiri.
 
Then dapat text beberapa minit kemudian... 
 
 
"Awak... Viral Load saya bawah 20. CD4 saya 500 lebih."
 
 
Aku pun balas...
 
 
"Alhamdulillah. Love you sayang! :)"
 
 
 
Hehe. Macam tak ada kena mengena aku balas macam tu. Tapi Alhamdulillah. Semoga kesihatan terus kekal hingga akhir hayat Encik kekasih ku.
 
 
Bye!
 

Monday 27 January 2014

Kurang Doa.

Hype.
 
Harini macam JK.
 
Apakah JK? Jiwa kacau ye kalau yang tak tau. Tapi semua orang tau aku rasa.
 
Bukan hari ni je JK. Dah dua tiga hari, tapi malas nak layan. Ke sebab nak period entah. Tapi tak lah kot, sebab baru je lepas period.
 
Then aku pun telefon Mak. Biasalah anak bertuah ni, seminggu sekali baru nak call. Tak pun, kalau rasa macam tak besh je perasaan nih. Memang mak lah orang yang aku call.
 
Last week aku problem sikit, kereta rosak lah. Kereta kena pecah lah. Dugaan bertimpa-timpa. Nangis beb! Aku pun call mak mengadu nasib.
 
Satu je mak cakap, "KO TU KURANG DOA & LAGHO".
 
(Mak tak tau, yang kekasih hati aku begitu cerita dia)
 
Hambek kauuuu.  Terkesan di jiwa aku. Yerp! Memang tak dinafikan aku ni solat terkadang tertinggal. Ya Allah, apa nak jadi.
 
Semoga ibadah aku ikhlas keranaMu Ya Allah...Ikhlaskan hati ini untuk terus redha dengan setiap nikmat dugaan yang engkau beri.
 
 
 
Ok lah. Bye.
 

Friday 24 January 2014

Terjumpa Belog 'Derita Hati".

Hype.


Dalam beberapa hari ni, aku terfikir. Terfikir dan mencari blogger perempuan kat luar sana yang kot lah ada masalah yang lebih kurang macam aku. So aku macam nak baca kisah hidup dorang macam mana. Maybe tak seratus peratus sama, tapi ada berkaitan dengan HIV dan seangkatan dengannya.
 
Sebab aku tau, memang banyak blogger perempuan yang aktif. Macam aku jugak!  Kalau nak tau? Aku sebenarnya ada blog lain. Ada dunia blog aku yang aktif. Dekat blog aku yang kat sana ramai kawan. Tapi aku perlu rahsiakan dekat sini. Sebab...  kat situ segala muka aku ada. Muka si kekasih hati pun bersepah. Family apatah lagi.
 
Tapi itulah... apa yang aku musykilkan sekarang. Kenapa dekat belog yang sana, aku tak jumpa kawan-kawan yang share tentang HIV? Ke aku yang salah pandang? Ke aku yang mengabaikan. Hm. I have no idea. Sedih pulak aku rasa.
 
Then hari nih, aku sibuk baca blog sana dan sini, terjumpa blog Bella. Blog DERITA HATI. Sedihnya aku rasa. Menitik air mata ni. Beliau yang sudah berumah tangga dan suami beliau yang begitu. Ya Allah. Dugaan yang aku rasa, maha hebat. Tapi Allah sayangkan Bella. Sebab Allah tau Bella kuat.
 
Aku harap kebahagiaan yang hakiki akan hadir dalam hati dan hidup Bella. Walaupun mungkin bukan sekarang, tapi aku selalu percaya akan ada pelangi selepas hujan.
 
Be STRONG BELLA!! =)
 

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
 
Aku harap, aku akan berkawan dengan Bella dan dapat berjumpa dengan beliau suatu hari nanti. InsyaAllah.
 
Wassalam.
 
 
 
Bye!