Monday 31 March 2014

Hello Isnin!

Assalamualaikum & Hello Isnin!

Jam 1.37 petang sekarang & aku baru nak ambik nafas segar sikit. Baru settel kelas dan mana-mana yang patut. Selepas seminggu bercuti, rasa macam tak cukup je cuti. Padahal dekat rumah tidur je pun.

Busy bee lah konon!

Tapi bila je masuk opis hari ni. Tetiba naik nama aku untuk jadi setiausaha untuk satu program. Mula tu aku macam oke je untuk jadi S/U ke apa pun. Tapi bila tengok tarikh tu adalah cuti sekolah bulan Mei ni. Hati aku meruntun pilu jap. Tiket flight dah beli sebabnya. Sedih bukan kepalang! Adakah aku kena korbankan tiket itu? T_T

Sebabnya... cuti sekolah ni aku nak bertunang. Satu apa pun tak siap lagi ni. Semua benda aku serah bulat je pada family aku. 

Tetiba aku nak stress kejap. Ngade tak aku? Tapi apa pun aku kena postif. =)


Wassalam.

Thursday 27 March 2014

Persediaan Baju Nikah

Assalamualaikum.

Rasa tersenyum dekat sini sebab baju nikah dah ada! Alhamdulillah syukur.

Si encik kekasih ni bila aku dah jauh dari dia. Baru aku nampak kesungguhan dia tu. Dulu mungkin buat tak tau je dengan aku sebab depan mata. Tapi bila dah jauh ni, aku baru sedar  dia memang nak kahwin dengan aku. Dulu macam terpaksa rela je aku tengok! HAHA. Jahat aku ni fikir yang bukan-bukan.

Berbalik dengan baju nikah aku tadi, sebenarnya aku memang nak putih! Aku tak tau kenapa, tapi dari aku zaman kanak-kanak lagi. Kalau berangan untuk nikah atau berangan kahwin-kahwin, memang aku mengimpikan putih. Sebab bagi aku, putih tu simbolik kesucian. Nikah tu kan suci gitu. Aku memang gatal dari kecik rupanya!

Tapi...

Tapi hampir bertekak lah jugak, sebab si encik kekasih tak nak putih. Tak nak sungguh-sungguh. Kalau nak putih suruh aku nikah sorang-sorang. Hamboi. Lagi satu... Seolah-olah dia merasakan warna putih tu untuk kematian. Sampaikan dia cakap, yang umur dia kan tak panjang. Waduh, sabar jelah aku. Disebabkan rasa dalam hati dia macam tu, aku layankan je. Malas nak cerita panjang.

Nak tau warna apa dia pilih akhirnya untuk majlis pernikahan kitorang nanti??

Warna kelabu + purple! Cantik tak agak-agak? Lace dia yang luar purple then kain dalam kelabu. Aku tengok kain dia macam cantik sebab kain yang jenis berat. Aku tengok dari jauh jela. Encik cinta suruh aku tengok dari wassap je. Dia yang semangat nak warna tu.  Lagipun dah dia nak belanja. Aku suka je. HEHE.

Tapi aku cakap lah dengan dia, nanti warna untuk sanding biar aku yang tentukan. Dia jawab ok. Tapi aku tak yakin dia akan ok semudah itu. Ishk3

Bila dah borak-borak lepas tu. Encik cinta bagitau kat aku harga sebenar kain yang dia beli tu. Masa aku tau tu macam nak tercabut jantung. Mahal ya rabbi! Tapi aku tak show depan dia yang aku geram dan rasa nak marah. Aku senyap je pura-pura tak ada apa.

Tapi aku memang tak tahan. Aku text dia jugak.. " Awak ni first step dah salah. Membazir mahal sangat." Dia memang macam tulah, dia selamba jawab "Ok."

Hmmm.

Nak tau tak berapa harga baju tu? Bagi aku mahal lah. Sebabnya aku ni bukanlah gadis kaya raya yang pakai benda yang mahal-mahal ni. Tapi mungkin bagi kalian harga dia biasa je. Bayangkan baju kain bahan sahaja. Belum jahit lagi. Belum dengan sampin lagi. Belum apa-apalah senang cerita. Nak dekat 1K!

Aduhai.

Baru nak cari baju nikah pun dah pusing kepala kejap. Tapi ok jela. Aku malas dah nak fikir. Nanti cuti sekolah bulan 5 ni aku balik semenanjung aku nak tempah. Tapi tula, design macam mana pulak lah aku nak buat ni. Orang pompuan memang banyak songeh macam ni eh kalau nak kahwin? HEHE


Wassalam.

Wednesday 26 March 2014

Dunia & Kerjaya Baru

Salam.

Wah, sekian lama aku tak mencoret kat sini. Aduhai, kekangan masa dan pelbagai masalah bila sampai kat tempat baru. 

Alhamdulillah sekarang ni baru emosi nak stabil sikit. Hampir berminggu tidur tak berbantal. Pusing kepala aku dibuatnya.

Sekarang ni aku online pakai internet library je! Menagih kasih sayang kat sini. Sebab rumah aku kosong enggak ada apa-apa.

Nanti kalau dah ada duit gaji, aku nak masukkan internet kat rumah tu. Nak pasang astro, nak beli tv, nak beli dapur, nak beli peti ais, nak beli mesin basuh, nak beli semua! HEHE. Rakus kan aku? Tapi dua bulan lagi lah ceritanya. 

Sejujurnya rasa sedih masa sampai sini. Sunyi sepi je. Peralihan tempat dari KL ke Borneo. Aku rasa kalian pun faham apa yang aku rasa. Tapi aku terus positif, bahawa rezeki aku di sini. Juga ketenangan serta kebahagiaan aku mungkin Allah nak bagi kat sini.

Aku ni kan lalai orangnya.  Pabila aku ditempatkan jauh dari dunia hiburan dan kealpaan. Aku sedar, Allah rindukan suara aku untuk terus berzikir kepadaNya. Sangat banyak hikmah yang bakal aku dapat. Cumanya, aku perlu kupas satu persatu hikmah tu. 

Semoga aku menemui ketenangan yang baru di sini. InshaAllah. =)


Wassalam.


Tuesday 4 March 2014

Bertukar Kerjaya & Dunia Baru

Assalamualaikum.

Bermingguan aku tak mengupdate apa-apa perkembangan terbaru kat sini. Ya Allah aku sangat sibuk. Sibuk yang melampau sampaikan selera makan pun hilang. Aku yang kuat makan ni, selera jadi tawar habis.

Nak dipendekkan cerita, aku sedang berkursus sekarang sampai minggu depan 11hb kat Grik. Aku dah berhenti kerja di KL secara tiba-tiba. Sedihnya! Bertahun aku kerja kat KL tu tapi rasa macam tak dihargai oleh bos aku. Disebabkan aku tak cukup sebulan notis, maka aku kena bayar ganti rugi. Satu sen pun aku tak bergaji bulan ni. Nangis berlagu-lagu aku dibuatnya. Dengan komitmen bank lagi, takkan semua tu nak mintak kat encik kekasih? Tapi nasib baik dia bagi sikit. hehe.

Alkisahnya, aku sebenarnya akan bekerja di Sarawak selepas ni. Akan terbang minggu depan dan bakal menetap di sana. Secara tidak langsung aku akan duduk berjauhan dengan encik kekasih. Aku tidak pasti apakah perancangan Allah. Menjauhkan aku dengan encik kekasih? Pasti ada hikmahnya.

Mempunyai kerjaya baru di perantauan orang, mampukah aku bermain dengan emosi? Sebab aku ni kan puteri air mata! Tapi kena tabahkan hati. Sebab aku yakin, rezeki kat tempat baru ni lah akan memberikan kebahagiaan dan kepuasan dalam dunia kerja aku mendidik anak bangsa. 

Bila aku dah sampai Sarawak nanti kita cerita panjang lagi! Doakan kebahagiaan aku ya. =) 


P/s Salam perkenalan Mak Wardah ada memberikan komen-komen di entry aku nih. :) Nanti free kita berbual balik ya. Thanks atas singgahan di belog buruk ini.