Friday 20 November 2015

Can Hiv Positive People Have Babies?


InshaAllah & YES
 
Usaha dan yakin dengan ketentuan Allah.

klik untuk tumbesaran yang berjaya
 
SUMBER & kredit : here

Saturday 14 November 2015

Semoga KITA SEMUA bahagia

 
Hai.
 
Hujung minggu yang ada sebelum aku bercuti panjang akhir tahun,  tak banyak perkara yang aku fikirkan. Tak sabar nak terbang  ke kampung halaman & bertemu Encik Suami.
 
Perkahwinan PJJ macam ni lah. Kerinduan memanjang.
 
So blog walking setelah sekian lama aku tak begitu rajin untuk membaca. Busy menjadi alasan yang memalukan.
 
Hmm.
 
Perkara yang mengejutkan aku & tak mengejutkan sangat. Sebab memang aku dah jangka begini akan aku jumpa.
 
Banyak belog yang aku jumpa adalah senasib dengan Encik Suami. Juga senasib isteri- isteri yang macam aku.
 
Alhamdulillah.
 
Bersyukur  atas nikmat bahagia derita. Semoga MEREKA terus kuat. Begitu juga KAMI.
 
Perkongsian yang sangat bersemangat aku baca. Ada yang sempat aku tinggalkan komen & ada yang sambil lalu.
 
Kalau ada kesempatan, mahu juga aku berkenalan dengan lebih mendalam dengan mereka. Bukanlah untuk berkongsi duka, hanya sekadar bekongsi pengalaman barangkali?
 
 
Semoga KAMI semua sentiasa dalam lindungan bahagiaMU ya Allah.
 
 

Tuesday 10 November 2015

Makan Cili Terasa Pedasnya

 
Aku ni bukanlah kaki stalker.
 
Tapi kebetulan aku ternampak status itu dan aku termakan cili. Cili yang pedas lah pulak. Ada tak cili yang manis?
 
Perihal dunia maya.
 
Perihal dunia facebook.
 
Perihal dunia apa-apa ja.
 
Perihal yang berkaitan up status di mana-mana jua. Kalau orang tu tak mention nama kau, kau janganlah terasa hati. Mungkin status tu umum saja.
 
Aku selalu je fikir camtu. Sebab malas nak ambik pusing benda-benda ni semua.
 
Tapi peribahasa sapa yang makan cili pasti merasa pedasnya itu amat bermakna sekali. Eh?
 
Terscrool FB adik ipaq yang menyatakan...
 
 
 
MEMANG MAK BELA HANG SAMPAI BERJAYA NAK BELA ISTERI KAU JE.
#LELAKI
 
 
Baca je status tu aku perasan sorang-sorang.
 
Aku pun berduka lara sorang-sorang. HAHA.
 
Bila difikiran balik entah pape aku ni. Entah- entah adik aku tu tengok drama melayu ke apa. So dia up la status gitu. Padahal takde kena mengena dengan aku pun.
 
Tapi...
 
Aku macam terasa sebab abang dia sorang je yang kahwin. Aku sorang je isteri kepada abang dia.
 
Entahla.
 
Aku hanya mampu meluahkan kat sini. Nak mengadu-ngadu dengan cik abang tu tak mampu dah. Encik suami aku pun busy dengan kerja & masalah dia.
 
Tapi...
 
Kalau benar status tu untuk abang dia, maka sedikit terpalit pada aku yang menjadi isteri.
 
Akak nak adik tahu, abang awak ada kakak ipar awak ni je untuk dia berkeluh kesah tentang apa yang dia rasa.
 
 
Dengan kakak ipar awak ni, abang awak menangis kekesalan.
 
Dengan kakak ipar awak ni, abang awak menyimpan 1001 rahsia.
 
Dengan kakak ipar awak ni, abang awak berkongsi kesedihan.
 
 
Kakak ipar awak ni ditelan mati emak, diluah mati bapak.
 
 
Semoga adik faham suatu hari nanti. Mengapa abang awak sedikit melebihkan kakak ipar awak. Kalau betul abang awak itu melebihkan kakakmu ini  di mata kamu adik.
 
Sebab aku rasa macam biasa-biasa je.
 
Hmm...
 
Abang awak belum ada kekuatan untuk berterus terang dengan keluarga tentang apa yang dihadapi. Tentang istimewa virus yang ada dalam badan dia.
 
Kakak ipar awak ni yang berleter. Yang mengamuk. Yang moody sebab 24 jam jaga ubat yang abang awak perlu makan seumur hidup dia.
 
 
MAAFKAN KAMI ADIK.
 
Kami tak mampu nak puaskan hati semua pihak. Kami akan cuba yang terbaik akan menggembirakn keluarga kami. Suatu hari nanti adik akan tau dan perlu tahu...
 
P/S:
Nangis pulak aku taip entry ni. haha. Permaisuri hujan sungguh, T_T
 
 

Monday 9 November 2015

Susah sebenarnya...

Hello.
 
Apa yang susah ni? *garu-garu kepala*
 
Takpela aku cerita jela. Bukan ada orang yang kenal aku pun kat sini.
 
Susah rupanya.
 
Susah nak mengandung. Upss.
 
Apakah?
 
Dulu. Aku bayangkan bahawa, sekali buat tupp terus jadi. Sengal gila kepala otak aku nih.
 
Rupanya TIDAK ya wahai sahabat-sahabat. Perlu bersabar dan gigih dan redha menanti rezeki yang Allah nak bagi. Kalau Tuhan cakap belum. Maka belum lah.
 
Lantas sel otak aku berhubung memikirkan, anak luar nikah tu senang je menjadi. Kan? Pulak dah jadi di buang sesuka hati. Kalau rasa tak nak tu, tolonglah buang or letak tempat yang selamat. Jangan duk campak-campak buang entah mana-mana sampai baby meninggal. Sedih tau.
 
Aku ni duk bersembang dengan keluarga aku tanya-tanya kakak-kakak aku yang meriah tu. Kenapa aku ni lambat pulak melekat. Sebab family aku ni subur-subur belaka. Lepas sebulan kahwen terus bunting pelamin belaka. Maka aku pun perasan bahawa aku ni subur.
 
HIHI *
 
 
Tapi mereka tak taulah kisah di sebalik tabir adik dia ni.
 
Tula kan.. Kalau boleh. Selagi suami aku sihat walafiat macam sekarang ni, aku nak la ada baby. Sementara boleh besarkan sama-sama dengan penuh kasih saying. Ecewah.  Kang kalau lah ditakdrikan suami aku dah mula tak sihat dan melarat. Astagfirllahalazim.
 
Jauh benar aku fikir.
 
InshaAllah ada lah kan. Jangan stress. Perancangan Tuhan tu sangat cantik pada hambaNya.
 
 
 
Doakan yang baik-baik untuk aku dan suami. Dapat zuriat yang sihat juga hendaknya.
 
Amen.
 
 
 

Sunday 25 October 2015

Sahabat Rumah

 
...
 
Kawan serumah aku dua tiga minggu ni aku tengok bermuram durjana.
 
Sepatah aku tanya, sepatah jugak dia jawab.
 
Bila petang selalu hilang dan balik bila dah hari gelap malam. Entah apalah masalah dia.
 
Terasa hati dengan aku ke?
 
Aku buat salah ke?
 
Aku buat dia kecik hati ke?
 
Ah.
 
Aku malas nak tanya banyak sebab aku pun banyak kerja nak kena selesaikan. Aku jugak ada masalah aku sendiri.
 
Tapi tiba-tiba satu hari dia mencurahkan rasa. Masa tu tengah keluar makan tengahari. Aku berusaha menjadi telinga pada kawan serumah aku ni.
 
Aku tenang je mendengar luahan hati dia.
 
Ayat pertama dia cakap...
 
" Kawan baik yang aku kenal dari kecik,  dia ada HIV POSITIF. Aku tak percaya. Dia baik, dia tak pernah tinggal solat. Dia berkerjaya hebat".
 
Berderu-deru air mata dia mengalir. Aku mendengar dengan tenang. Aku langsung tidak terkejut.
 
Cuma kekesalan dalam hati aku, semakin banyak benda ni berlaku di sekeliling aku. Walaupun aku tak kenal, tapi insan itu adalah yang beragama islam dan masih muda.  Kenapa?
 
Sebenarnya kawan serumah aku ni tak tau pun apa yang berlaku dalam hidup aku ni. Apa yang aku rasa. Apa yang aku lalui. Aku memang tak cerita sesuka hati pada kawan-kawan.  So aku pura-pura terkejut.
 
Hmmm.
 
Kita memang takkan kenal siapa pun orang di sekeliling kita. Kita nampak dia kaki surau barangkali., itu bukan penentu dia tak melakukan aktiviti yang berisiko. Paranoid kah aku?
 
Mengeluh sekali lagi.
 
Apa yang aku nak katakan, dalam dunia kemodenan kini. Mereka yang terlibat dengan aktiviti yang berisiko sering kali adalah insan yang hebat. Hebat kerjaya. Hebat paras rupa. Maka hebat juga dugaan Tuhan pada mereka.
 
Wallahualam.
 
 
Semoga keluarga aku terus dilindungi. Juga insan-insan lain di luar sana juga. Ameen.
 
 
p/s - Hari-hari aku mendengar keluhan kawan aku ni. Sangat negative pemikiran kawan aku ni. Macam biasa, STIGMA. Aku pelan-pelan bagitau apa hakikat sebenar supaya dia tau dan akan lebih berfikiran yang baik-baik. Nanti aku cerita apa yang berlaku seterusnya.
 
 
 

Wednesday 7 October 2015

Adik Perempuan

 
Adik beradik aku memang meriah.
 
Hampir sepuluh beradik, perempuan yang menguasai semuanya.
 
Tapi berbeza dengan keluarga Encik Suami.
 
Dia ada ramai adik beradik lelaki & hanya dikurniakan seorang adik perempuan. Maka tidak heran kalau kadang-kadang adik dia tu macam out spoken dan sedikit sikap cara ganas walaupun muka ayu. Tapi memang ayu & cantik. HEHE
 
Sebab memang aku faham dia dibesarkan barangkali dengan sikap ganas abang-abang dia yang ganas.
 
Berbeza dengan keluarga aku.
 
Kalau zaman kecik-kecik, orang perempuan gaduh paling hebat pun tarik-tarik rambut. Tak pun, tampar manja-manja.
 
Nak penumbuk Goku pun tak pandai. Tak ada gaya.
 
Apa yang aku nak cakapkan kat sini. Aku nampak yang encik Suami sangat-sangat menjaga adik perempuan dia.
 
Aku pun jaga jugak. Tapi cara aku lain.
 
Cara seorang kakak menegur adik. Berbeza. Sebab aku tau kehendak perempuan.
 
Cara abang menegur adik juga berbeza. Sebab dia tau apa keinginan lelaki barangkali.
 
Aku cuba untuk melayan adik ipar aku macam cara aku sebagai kakak. Sama macam adik kandung aku sendiri. Tidak sesekali membezakan.
 
Aku ni memang kadang-kadang garang dan emosi.
 
Tapi aku tak nafikan, aku mudah untuk memberi duit belanja atau apa-apa yang berkaitan dengan wang. Sebab memang tanggungjawab kakak untuk jaga kewangan adik. Kesian nak harap mak ayah yang semakin uzur.
 
Sebab, pernah adik aku buat masalah  dulu. Daripada dapat duit belanja & topap setiap bulan. Sekarang ni 1 sen pun tak berani mintak kat aku. Dan dengan cara tu, aku harap dia sedar & tak ulang perangai lama.
 
Tapi, aku berusaha tidak treat adik ipar aku macam tu.
 
Sebab dia dah besar dan aku cuba untuk ambik hati. Walaupun kadang-kadang macam susah. Tapi aku terus belajar jangan mudah ambik hati. Mahukan sesuatu kemanisan memang memerlukan masa.
 
Aku pernah Tanya Encik Suami,
 
" Kenapa garang & tegas sangat dengan adik awak. Dia dah besar, InshaAllah dia pandai jaga diri. Kenapa awak nak marah dia deting. Kita bercinta dulu pun deting kan? "
 
Selamba je dia cakap,
 
" Saya lelaki & saya tau lelaki fikirkan apa. Saya tau perangai lelaki"
 
Aku cuma cakap,
 
" Hmmm okey. Tapi bagi ruang pada dia. Dia pun remaja. Saya pun dulu macam dia. Dia perlu ruang"
 
Encik Suami menjawab lagi.
 
" Saya dah buat 1001 penyesalan dalam hidup saya. Salah ke saya berusaha selamatkan adik saya? Kerana ada ruang untuk diri saya sendiri, saya ada HIV. Salah ke? Salah? "
 
Gulp. Aku diam.
 
Sampai sekarang daripada kes tu. Aku tak komen apa-apa.  Aku tak bincang lagi pasal tu.  Terus bernoktah di situ.
 
Encik suami mesti tau apa yang terbaik untuk adik dia dan orang di sekeliling dia.
 
Sebab tu...
 
Sebenarnya ada satu peristiwa yang menyebabkan aku kesal sampai sekarang. Aku dah hilangkan rasa percaya adik ipar aku pada aku.
 
Sebab.. aku bagitau pada abang dia, yang adik dia merokok. Ya. Merokok dalam kereta aku.
 
Mungkin satu ketika, adik ipar aku sudah rasa percaya pada aku. Maka dia sungguh yakin untuk merokok sebelah aku tanpa rasa bersalah. Mungkin dia rasa percaya bahawa aku akan rahsiakan perkara itu.
 
Sebenarnya, aku tak pernah kisah langsung tentang tu. Sungguh. Memang dalam kalangan kawan-kawan aku, perempuan merokok tu adalah perkara yang sangat biasa.
 
Dalam kalangan sahabat-sahabat Encik Suami pun, ramai perempuan yang merokok tanpa rasa serba salah. 
 
Maka aku beranggapan, Encik Suami tak kisah pun.
 
Anggapan aku 150% SALAH.
 
Juga sebenarnya, kondisi Encik Suami tika itu sangat lemah & tidak sihat, tetapi perlu terus gagah membantu adiknya dalam satu peristiwa.
 
Tambahan pula, terusan aku mendengar pelbagai keluhan,  ragam dan kerenah si adik ipar . Aku tanpa rasa bersalah berterus terang perihal itu. Bukan untuk mengusutkan keadaan sebenarnya.
 
Aku terlepas pandang,  dengan kondisi Encik Suami yang begitu & pasti dia mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk adik perempuan dia. Mana mungkin dia akan lepas tangan begitu sahaja.
 
Aku serba salah ya  amat.
 
Aku tak tau sampai sekarang sebenarnya, macam mana & bagaimana Encik Suami menegur adik ipar aku tu. Tapi yang aku tau,  adik ipar aku sangat marah dan dia hilang percaya 200% pada aku.
 
Aku gaduh lepas tu. Gaduh besar dengan Encik Suami. Hampir mengundur diri dalam hubungan kami.
 
Aku menyalahkan Encik Suami kerana dia dah meruntuhkan hubungan baik aku dengan adik dia. Tapi Encik Suami langsung tak melayan aku. Dia tidak peduli pada emosi marah aku.
 
Malah dia menyatakan;
 
" Kalau saya tau awak sebenarnya tau, tapi tak bagitau langsung kat saya. Keadaan akan lebih teruk dari ni. Saya yang tak akan percayakan awak sampai bila-bila"
 
Terkedu.
 
... dan peristiwa tu berlalu tanpa aku ungkit lagi sehingga kini. Aku terus memujuk  hati. Setiap yang dilakukan ini pasti ada sebab dan hikmah  tersendiri.
 
Aku perlu menyokong suami aku. Siapa lagi yang perlu menjadi tulang belakang pada suami kalau bukan aku. Mana mungkin orang lain?
 
Walaupun kini aku sedar, adik ipar aku dah tak percaya apa-apa pada aku. Sedih. Tapi aku tetap telan dan hadam.
 
Kita tak boleh nak paksa orang percaya pada kita.
 
Aku harap, suatu hari nanti. Adik ipar aku akan tau dan faham mengapa tindakan aku sebegini. Bukan sengaja untuk aku meruntuhkan tembok kepercayaan ini.
 
Sekiranya kau tahu keadaan abang yang kau sayangi ini, kau akan lebih matang dan memuhasabah diri.
 
Hanya satu ungkapan untuk kisah ini,
 
 
 
Kerana  kasihnya cinta seorang abang...
 
 
 

Monday 5 October 2015

Kisah sahabat | Suami yang curang

Dugaan.
 
Ya.
 
Dugaan setiap orang itu berbeza-beza.
 
Apatah lagi dalam dunia perkahwinan kini.
 
Dapat teks dari sahabat baik masa aku zaman university dulu.
 
" Perkahwinan adalah satu perjudian"
 
Menusuk kalbu sungguh text yang aku dapat petang tadi. Terus aku berfikir jauh. Sungguhkah begitu apa yang sahabatku maksudkan?
 
Aku ni memperjudikan hidup ke?
 
Ah tidak. Ini semua adalah pilihan. Pilihan aku untuk bahagia dengan cara yang sebegini. Walaupun cara untuk aku bahagia ni lain macam. Yeke?
 
Kenapa eh mudah untuk suami curang?
 
Aku tidak memihak pada siapa-siapa. Mungkin ada kurangnya dari pihak perempuan. Mungkin jugak kurang dari pihak lelaki.
 
Sedangkan mereka dulu cintan cintun sehati sejiwa masa zaman university dulu.
 
Aku tidak berhasrat untuk berfikir lebih jauh. Aku hanya menyalurkan simpati dan doakan yang baik-baik saja. Semoga tidak terus melatah.
 
 
 
Ini semua arus menuju kematangan dalam diri.
 
Dugaan kita berbeza.
 
Ketabahan kita juga berbeza.
 
Semoga rasa bahagia kita adalah sama. Terus bahagia pada yang Esa.
 
 
XOXO

Alfatihah Arwah Abang Pie

Sayu.
 
Itu je yang aku dapat nyatakan tika aku sedang mencoret di sini.
 
Sungguh, ajal maut jodoh itu semua ketentuan Tuhan.
 
Berat mata memandang, berat lagi hati ahli keluarga arwah abang Pie yang menanggung. Salam takziah buat Kak Da & Kak Ummie.
 
Rasa kehilangan teramat sangat. Arwah lah  yang selalu aku hubungi tika aku dalam dilema dahulu. Arwah juga banyak membantu aku dalam mengurus emosi sebelum membuat keputusan nak berkahwin.
 
Aku ingat lagi, aku nikah 29 Mei 2015 hari Jumaat.
 
Tiba-tiba aku mendapat perkhabaran pada hari Selasa ke Rabu camtu, arwah telah meninggal dunia.
 
Ya.
 
Sampai hari ini aku masih sayu.
 
Dua tiga hari sebelum aku bernikah, arwah sudah pergi selama-lamnya. Belum sempat aku berkongsi kegembiraan.
 
Hanya doa setiap kali solat aku titipkan.
 
 
Semoga arwah Abang Pie tenang di sana.
(kredit gambar dari FB Kak Ummie)
 
Al-fatihah.
 
 
 
Panjangkan usia suamiku Ya Allah. Berikanlah kesihatan yang baik pada suamiku. Kekalkan rasa bahagia ini Ya Allah. Kau berikanlah aku ketabahan untuk terus bersyukur atas segala nikmat yang Kau beri.
 
 

Alhamdulillah KAMI sudah bernikah

Hai.
 
Lamanya aku tidak mengarang kasih kat sini. Bukan tak teringat. Cuma keinginan di hati untuk berkongsi kisah lambat hadir. Sibuk lebih menguasai diri.
 
Ha, memang niat mahu ucap TAHNIAH pada diri aku sendiri.
 
ALHAMDULILLAH aku sudah bernikah dengan encik kekasih. Doakan hubungan kami kekal bahagia ke akhir hayat ya.
 
Aku nikah 29 Mei 2015 tempoh hari.
 
Sekarang dah Oktober! Dah 05 bulan aku menjadi isteri orang rupanya. Manis sungguh hati aku sekarang. Manis berbunga begitu.
 
 
Cepat kan masa berlalu?
 
Macam nak belanja gambar kahwin kat sini. Sebab aku perasan aku cantik masa sanding. HAHA. Tapi tak apalah, lupakan saja niat.
 
 
Kotla mak mertua aku google-google terjumpa gambar kahwin anak dia dalam belog ni. Cari masalah lah tuuu...
 
 
 

Wednesday 25 February 2015

Jumpa AHP PIE

Hai.

Nak berkongsi kasih sayang sikit nih. HEHE

Alhamdulillah aku dapat berjumpa dengan Abang Pie, Kak Da & Kak Ummie beberapa bulan yang lalu. Aku sempat singgah di teratak indah mereka di Temerloh sebelum banjir besar berlaku tempoh hari.
 
Ouh lupa mahu bilang, aku pergi bersama si tunang. Mahu mengeratkan hubungan silaturrahim. Selama ni contact via fon saja. So bila jumpa LIVE tu macam segan pun ada.

Layanan Abang Pie, Kak Da & Kak Ummie memang terbaik. 5 BINTANG!

Dapat makan ikan patin masak tempoyak pulak tu. Sedap gila! Tapi disebabkan aku malu-malu kucing, maka aku makan sikit sikit je. Tapi lepas tu menyesal napelah tak melahap je masa tu.
 
Sungguh aku sangat bangga dengan sikap komited Abang Pie, Kak Da & Kak Ummie melayan kerenah orang yang macam kami.
 
Aku percaya 100 peratus, kami bukanlah yang pertama dalam kes macam ni & minta bantuan nasihat daripada Abang Pie. Mungkin kami orang yang ke seribu. Tapi, mereka sekeluarga tetap bermanis muka dan berlapang dada menerima tetamu. Tak jemu-jemu membantu.
 
Sayu pulak aku rasa.
 
Kekuatan beliau banyak memberikan aura positif pada orang lain yang memerlukan. Macam aku contohnya.
 
Semoga Abang Pie sekelurga akan diberikan kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang murah murah murah hendaknya.
 
Tak mampu nak balas apa.
 
Balas dengan buah dabai boleh?
 
 
 
***

Monday 23 February 2015

Perlukah ahli keluarga tahu?

Dilema.

Ya. Aku hari-hari dilanda dilema.

Dilema apa?

Dilema lah, beberapa bulan lagi aku nak jadi isteri dia. Sampai bila nak berahsia dengan keluarga? Sampai hujung nyawa kami ke?

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Peribasaha sangat.

Aku diam & fikir sensorang. Tak tau nak share dengan siapa. Malas nak stress fikir macam-macam. Tapi terkadang datang kerisauan tu.

Aku macam nak bagitau kat salah sorang keluarga dia. Kena beritau. Kot la apa-apa jadi pada aku. Aku umur tak panjang ke? Cmna? Aku ni duduk jauh bekerja di Borneo. Kalau kahwin pun kitorang PJJ. Kalau jadi pape kat dia kat sana, mana aku tau? Sekurang-kurangnya kalau ada sorang family members dia tau. Boleh tengok-tengokkan.
 
Hmm.

Tapi aku pernah tanya si tunang. Sampai bila nak berahsia camni??

Dia jawab sampai akhir hayat. Sampai bila-bila. Aku blank kejap, tak ada jawapan.



***

Sunday 22 February 2015

Cerita Kursus Kahwin

Hai.

Aku berkursus kahwin tahun lepas bulan Disember 2014 kat area KL.  Sudah yakin dan pasti aku pergi bersama si tunang. Sebab nak sama-sama dengar ilmu rumah tangga tu sesama.

So far tak bosan walaupun ambik masa dua hari.

Aku suka je & gelak-gelak sepanjang kursus tu.

Tapi, ada last day kursus ni... buat aku & si tunang rasa tersentak sikit pada seorang penceramah ni. Entahla, maybe sebab kitorang kan ada kes yang begini. Maka apabila ustaz tu sentuh bab HIV jadi sensitive sikit. Bab HIV ok je..
 
Tapi...

Ust tu a bit macam memburukkan lagi kisah pengurusan jenazah HIV. Adoi la.. Masa tu aku senyap je. Tetiba dapat mesej:

"SAYA TAK SUKA USTAZ NI!!!".

Aku cuma balas...

"AMBIK ILMU YANG POSITIF JE".

Okeh nak dipendekkan cerita. Benda ni semua stigma masyarakat luar. Ya aku akui aku jugak berdepan dengan stigma orang yang sangat negative dengan golongan yang ada HIV. Sebab? Tak banyak membaca maybe.
 
Berbalik pada ustaz tadi. Beliau sangat memburuk-burukkan pengurusan jenazah HIV. Dengan bersungguh cakap kena pakai baju berlapis, siram air klorok bagai. Please la ustaz! Boleh je cakap pengurusan jenazah berisiko.
 
Ustaz tu perlu jugak tau, dalam kalangan yang mendengar ceramah mungkin bukan kitorang je pasangan yang begitu. Mungkin jugak ada pasangan lain.
 
Kesan dia apabila ustaz tu cerita camtu?
 
OF COURSE la orang ramai makin keliru dengan info camtu. Maka bertambah negative lah pemikiran masyarakat kat luar sana.
 
 
 
Hmm.

Lepas habis kursus tu, si tunang senyap je tak banyak cakap.Aku tengok dia bergenang air mata bila aku sebut pasal ustaz tu. Dia nangis. Nangis teresak-esak pulak dah.
 
Masa dia nangis tu dia berhenti tepi jalan dalam kereta.
 
Aku diam.
 
Aku bagi tisu.
 
First time aku nmpak dia nangis sepanjang aku kenal dia! Huwaaaaa.
 
Aku nangis sekali.


*mengada tak aku?*
 



Hai 2015!

Hello 2015.

Okey aku sudah lewat hampir dua bulan nak wish happy new year! Apa ada hal. Kan?
 
Tetiba aku rasa macam dapat ilham nak post sesuatu kat sini. Walaupun tiada lah kot yang nak baca nukilan aku kat sini.
 
So far aku akan kahwin bulan Mei nih. InshaAllah  moga dipermudahkan urusan. Urusan pengambilan HIV test si tunang sudah selesai. Alhamdulillah.
 
Walaupun.... (terpaksa dirahsiakan) :(
 
Aku selalu cakap pada diri aku.
 
"Bahagia tu kita yang pilih".
 
Macam kes aku ni? Berpenat berpusing uruskan macam-macam hal pasal kahwin. Tapi aku harap aku bahagia dengan cara aku. Nak fikir sengsara? Akan ada tak agak-agak? Entah tak mampu nak fikir.
 
 
 
 
gambar hiasan