Wednesday 26 March 2014

Dunia & Kerjaya Baru

Salam.

Wah, sekian lama aku tak mencoret kat sini. Aduhai, kekangan masa dan pelbagai masalah bila sampai kat tempat baru. 

Alhamdulillah sekarang ni baru emosi nak stabil sikit. Hampir berminggu tidur tak berbantal. Pusing kepala aku dibuatnya.

Sekarang ni aku online pakai internet library je! Menagih kasih sayang kat sini. Sebab rumah aku kosong enggak ada apa-apa.

Nanti kalau dah ada duit gaji, aku nak masukkan internet kat rumah tu. Nak pasang astro, nak beli tv, nak beli dapur, nak beli peti ais, nak beli mesin basuh, nak beli semua! HEHE. Rakus kan aku? Tapi dua bulan lagi lah ceritanya. 

Sejujurnya rasa sedih masa sampai sini. Sunyi sepi je. Peralihan tempat dari KL ke Borneo. Aku rasa kalian pun faham apa yang aku rasa. Tapi aku terus positif, bahawa rezeki aku di sini. Juga ketenangan serta kebahagiaan aku mungkin Allah nak bagi kat sini.

Aku ni kan lalai orangnya.  Pabila aku ditempatkan jauh dari dunia hiburan dan kealpaan. Aku sedar, Allah rindukan suara aku untuk terus berzikir kepadaNya. Sangat banyak hikmah yang bakal aku dapat. Cumanya, aku perlu kupas satu persatu hikmah tu. 

Semoga aku menemui ketenangan yang baru di sini. InshaAllah. =)


Wassalam.


1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum..

hai ita,bertabahlah ya....dulu masa bella mula2 bekerja di perak pun...rasa macam tu juga..terutama bila berjauhan dengan keluarga...masa belajar, berjauhan dengan keluarga tetapi dekat dengan adk beradik. di perak nih, tidak ada sesiapa... sendirian bersama teman-teman...

bella masa kerja dulu pun, masuk rumah...kosong.... ada bantal, toto.... heheheh.... tiap kali gaji, baru beli apa yang patut...

insya Allah, ita akan biasa nanti.... bella doakan semoga kehidupan ita lebih baik selepas ini.... demi bersuap-suap nasi...hehehehe