Saturday 15 February 2014

Kesihatan yang merosot.

Salam.

Selamat hari Sabtu kalian.

Aku baru balik kerja ni. Sambil rileks-rileks aku bukak lappy dan update cerita kat sini. Sambil tunggu nasik masak kat dapur. Laparnya! Jap lagi nak goreng telur je.

Aku sengaja kerja part time Sabtu & Ahad kumpul duit nak kahwin. Kononnya la, tapi tak jugak terkumpul banyak. Bila dapat gaji yang part time ni, aku pergi bawak berjoli. Beribu dapat, beribu habis. Kan? 

Abaikan cerita tu, sebenarnya aku nak cerita yang malam semalam aku pergi Hospital Sungai Buloh. Si encik kekasih hati demam teruk pulak dia. Demam yang berhari-hari sakit kepala dan kaki kanan kiri bengkak. Pelik la pulak aku rasa. Kenapa sampai nak bengkak macam tu? Padahal demam je kot.

Mula-mula aku buat tak ambik serius sangat, maybe demam biasa-biasa je. Tapi bila dia dah mintak aku tolong hantarkan pergi hospital sebab tak larat nak bawak kereta. Dia buat aku jadi debar-debar.

Sebabnya, dia bukan orang yang mudah nak mintak tolong dekat aku. Kalau dia rasa dia larat, dia akan cuba sedaya upaya dia.

Masa dalam kereta tu aku banyak diam je, malas nak bertanya bukan-bukan. Sebab keadaan dia yang macam tu tak nak lah buat dia lagi serabut. Kalau dia mulakan perbualan baru aku sambung.

Tiba-tiba dia cakap...

Awak.. saya bukan macam orang lain. Saya ada HIV. Kalau saya sakit macam ni, saya risau dengan diri saya. Kalau sakit saya melarat macam mana?

Masa dia cakap macam tu, aku terkedu. Apa yang aku nak jawab? 

Aku cuma cakap, "Ke awak allergic lagi dengan ubat HAART tu?"

Tak ada jawapan... 

(sebab dia dah bertukar stage rawatan HAART gara-gara dia hypersensitive dengan ubat peringkat pertama) - Kalau ada masa aku cerita lebih lanjut pasal ubat yang dia ambik sekarang dan kenapa dia jadi macam tu.

* * *

Lepas jumpa doktor, then ambik darah semua. So far keputusan tak ada apa-apa yang merisaukan aku. Cuma kalau dalam dua hari demam tak surut & kaki bengkak jugak. Doktor suruh datang hospital  lagi.

Hmmm...

Ya Allah.  Berikanlah kesihatan yang baik pada mereka yang aku sayang ya Allah. 

P/S:
Pabila kesihatan si kekasih hati merosot, secara tak langsung membuatkan aku berfikir sangat panjang. Masa tengah drive semalam. Aku memikirkan masa depan sekiranya takdir kami memang hidup bersama. Aku yang bakal menjadi seorang isteri dan juga kalau diizinkan bakal seorang ibu. Sekiranya insan bernama suami itu terlantar sakit, mampukah aku untuk terus membesarkan anak-anak aku tanpa sokongan seorang suami? Mampukah aku terus cekal dan tabah untuk setia. Semoga hati ini terus ikhlas ya Allah.

Eh nak makan lah! Jumpa lagi di lain entry.

Wassalam.

4 comments:

Unknown said...

Ita,

Didi belum sampai stage amik ubat...tetapi dia pernah cerita... mungkin tidak lama lagi... bella daripada mula2 tahu dulu, bella sudah bersedia dengan semua itu..cuma, dalam keadaan sekarang... bella tahu.. mungkin bella tidak akan melihat semua keadaan tersebut....tetapi, takdir Allah kita tidak tahu...


Mcm didi dulu, di awal perkahwinan. .alasan tidak bersama adalah kerana risau bella dijangkiti..... itu dulu...sekarang? Ita sendiri tahu sebab apa kan...

Kena bersedia ita.... kalau ita memang memilih dia sebagai suami... banyak cabaran ita kena hadapi.... pengalaman bella menemani didi berjumpa doktor... agak emosi... walaupun doktor tidak memandang serong pada kita tetapi... orang sekeliling yang mungkin tahu... cuma pada masa itu, bella kuatkan diri.. sentiasa senyum. .. rindu juga saat2 itu...

InsyaAllah. .bella doakan ita dapat membuat keputusan yg tepat....

Unknown said...

Bella..

Ouh yeke? Ita ingatkan didi dah ambik rawatan HAART tu. Syukurlah kalau belum, harap terus jaga kesihatan dan kekal sihat. InshaAllah.

Ita macam bersedia, tapi itulah. Terkadang macam takut persediaan ni makan hati & diri.

Semoga kekuatan dan ketabahan itu milik kita Bella.

:)

p/s Bella, bebila jumlah hang out sama!!

Unknown said...

Belum start ita..tapi kesihatan nampak merosot... cd4 pun makin turun... bella kadang sedih sangat bila ingatkan kesihatan dia tapi ntah la.... susah nak cakap....


InsyaAllah. .. bebila boleh jumpa.. ita email bella ye

Anonymous said...

Sis! I wish that we can me meet and talk together! :,(