Showing posts with label wanita rahsia. Show all posts
Showing posts with label wanita rahsia. Show all posts

Monday, 14 April 2014

Gay KAH dia?

Hmm.
 
Mula-mula dah mengeluh.
 
Aku tak nak mengeluh sebenarnya. Tapi hati ni rasa tak sedap lah.
 
Aku rasa tak sedap hati sebab, aku tetiba rasa macam... gay kah sebenarnya si kekasih aku? Aduhai. Yerp. Memang dia mengakui dia dulu dapat 'benda' tu sebab 'perempuan'.
 
Tapi setakat itu sahaja. Aku tak tau apa maksud sebenarnya 'perempuan' tu.
 
Apa eh?
 
Main dengan 'perempuan' jalanan kah? Aku tak berani nak tanya lebih lanjut. Jugak sebenarnya, aku teringin sangat Tanya macam mana dia boleh dapat perempuan, ke perempuan tepi jalan??? Senang eh nak dapat?
 
Aku celaru sensorang. Parah!
 
Ke sebenarnya dia nak tutup cerita sebenar yang dia sebenarnya gay. Entah. Aku rasa sangsi. Rasa mcam nak rome-romen je dia. Sebab nak tau  betul ke dia tak gay ke sebaliknya?
 
Astagfirulahalazimmmm.
 
Bukan ke sepatutnya aku menerima dia seadanya. Ya Allah apa kena lah dengan aku ni.
 
 
Bye.

Friday, 4 April 2014

Persediaan Tunang + Nikah

Assalamualaikum.

Sekarang tengah free kejap. Nak ikutkan tak free mana pun. Tapi cuba jugak ambik masa menaip apa yang patut. Sebabnya dah April dah! Tapi tak ada apa-apa cerita menarik pun aku kongsi kat sini. Tapi nak diikutkan sangat banyak!

Hujung minggu yang lepas, si kekasih hati balik kampung. Dulu masa aku dekat semenanjung, kalau si kekasih nak balik kampung aku memang gedik nak mengikut sama. Almaklumlah, kampung sebelah-sebelah! Kalau tumpang dia tambang jimat. HEHE.

Tapi bila aku dah jauh di perantauan ni, maka memendam rasa jelah. Dalam masa yang sama si encik kekasih ni dia buat sesuatu tanpa berbincang dengan aku  langsung. Aku tak taulah kenapa rasa macam nak marah. Patutnya aku bersyukur.

Si kekasih hati memang tidak dinafikan sangat rapat dengan emak dia. Dalam adik beradik, yang aku tengok memang dia banyak call emak dia dan share banyak cerita. Itu yang terkadang aku fikir, kalau lah emak dia tau dia macam tu. Sedihnya!

Abaikan cerita tu...

Nak dijadikan cerita lagi, si encik kekasih hati dan beli gelang tangan untuk majlis akad nikah kitorang nanti. Alhamdulillah. Nampak dia dah mula buat persediaan yang rapi untuk majlis yang akan datang. Nampak kesungguhan dia nak nikah dengan aku.

Tapi yang nak menjadikan aku marah tu, aku tak tau pun design apa yang dia beli untuk aku? Bentuk yang macam mana pun aku tak tau? Kesian aku taw tak diberi langsung peluang untuk memilih. Yelahhh, aku sedar bukan duit aku yang beli.

Sama kes dengan cincin tunang aku untuk bulan 5 ni. Sebenarnya... aku pun tak tau bentuk yang macam mana dia beli. Dia suka beli tanpa aku. Dia suka bawak emak dia jeeee.

Bukan aku nak jeles dengan emak dia. Tak mungkin! Tapi... bukan ke perkara biasa, kalau pasangan yang bercinta nak nikah tu. Dorang akan keluar sama dan pilih sama-sama. Kan sweet gitu.

Mungkin dia rasa aku jauh. Tapi waktu beli cincin tu? Aku masih kat Semenanjung kot. Kecik hati aku! Tapi aku kena lah positif. 

Kalau lah aku jauh, wassap kan ada? Kan boleh tanya aku mana satu cantik ke apa? Kan boleh pilih. Tunggu jela masa nikah nanti. Semua benda pun nak surprise.

Lagi satu dia nak surprise, tak nak bagitau warna tunang nanti. Dia tak ada jawapan yang jelas pihak keluarga dia datang bertema apa? 

Aku mula lah bebel-bebel... Yelah tak nak bagitau, nanti datang-datang dua pihak sama warna. Macam mana? Nampak sangat yang kita ni tak berbincang. Tak ada muafakat! Dia boleh jawab. Oke je. Baru lah surprise. SABAR jelah...

Itu jelah yang aku nak bebelkan harini. Biasalah orang pompuan! Kalau tak mengomel tak sempurna jadi perempuan. hehe


P/s Sebenarnya aku risau, kesihatan dia kat sana tak bagus. Aku tak taulah, sebab kalau demam dia lain macam sikit. 


Monday, 31 March 2014

Hello Isnin!

Assalamualaikum & Hello Isnin!

Jam 1.37 petang sekarang & aku baru nak ambik nafas segar sikit. Baru settel kelas dan mana-mana yang patut. Selepas seminggu bercuti, rasa macam tak cukup je cuti. Padahal dekat rumah tidur je pun.

Busy bee lah konon!

Tapi bila je masuk opis hari ni. Tetiba naik nama aku untuk jadi setiausaha untuk satu program. Mula tu aku macam oke je untuk jadi S/U ke apa pun. Tapi bila tengok tarikh tu adalah cuti sekolah bulan Mei ni. Hati aku meruntun pilu jap. Tiket flight dah beli sebabnya. Sedih bukan kepalang! Adakah aku kena korbankan tiket itu? T_T

Sebabnya... cuti sekolah ni aku nak bertunang. Satu apa pun tak siap lagi ni. Semua benda aku serah bulat je pada family aku. 

Tetiba aku nak stress kejap. Ngade tak aku? Tapi apa pun aku kena postif. =)


Wassalam.

Wednesday, 29 January 2014

Sebenarnya... aku masih tidak tahu?

Hype.

Waktu lunch sekarang. Tak nak makan sebab pagi tadi dah makan Nasik lemak banyakkk, sebab nak body macam Kila Fairy. Auwh! Hot kan? Hehe.
 
 
Kalau badan aku begini? Nak ngorat aku tak? (senyum gatal) - kredit google
 
Kalaulah aku dapat badan macam di atas tu! Tapi nak workout malas ya Rabbi. So abaikan angan-angan aku ni.


* * *


Sebenarnya... aku masih tak tau dari mana encik kekasih dapat virus HIV. Sangat tak tau! Jauh dalam lubuk hati aku, aku nak tau. Naluri seorang perempuan kan begitu.

Tapi... bila aku tanya. Tak ada jawapan.

Tapi... Aku tak boleh paksa dia. Tapi aku nak tau. Ada orang kata, jangan paksa untuk mendapat jawapan. Sebab nanti buat dia stress. So tak bagus untuk count CD4.

Kalau dia jujur dengan kita, lambat laun dia akan bagitau. Sabarlah wahai hati. Adoi. Lambatnya!

Tapi... macam mana nak tau kalau dia buat tak tau je?

Tapi... bila dia tak bagitau, kepala otak aku ni berteka-teki saja. Pagi petang siang malam fikir. *PITAM*

Macam nak sedih. Tapi nampak aku ni over sangat! So aku buat-buat rileks. So far aku tak pernah lah menangis depan dia. Aku sedih sorang-sorang je dalam bilik. Aku perlu tunjuk kat dia yang aku ni kuat untuk hidup dengan dia.

Sebab... aku ada cakap. Aku nak jadi tulang belakang dia. Tak kira apa pun yang jadi, aku tetap akan sokong dia.

Tapi tulah, mana dia dapat?  Tengok?? Aku ni berteka-teki sampai bila entah.

Kalau nak ikutkan, ada beberapa sebab je yang dia boleh dapat HIV tu? Tapi... aku berat merasakan, dia dapat maybe dia ambik dadah sebab kongsi jarum? Yeke? Ke sebab dia bertukar pasangan sebelum bercinta dengan aku? Ke dia memang gay? Ya Allah. Banyaknya persoalan. Entah pape la kepala otak aku nih.

Sebenarnya, tak perlu pun fikir mana punca dia dapat. Yang penting aku ikhlas menerima dia. Itu point utama dia sekarang. Ya Allah kekalkan keikhlasan dalam hati ini.

Tapi keyakinan aku sekarang sedang menurun. Bagi aku, aku perlu tau. Sangat perlu!

Mungkinkah aku perlu menangis teruk sekarang daripada aku menangis untuk seumur hidup aku? Belum ada jawapan yang pasti. *kabur*


Please SENYUM  Wanita Rahsia! =)

 

Wassalam.

Thursday, 16 January 2014

Pabila kekasihku mengaku PLHIV.

Hello.

Aku rasa aku takkan lupa sampai bila-bila kejadian nih. Tarikh dia? Macam nak rahsia. Biasalah, aku kan wanita rahsia. Kalau korang tanya aku cun tak? Jawapan aku, wanita rahsia cun-cun belaka. *gelak besar* (perasan)
 
Abaikan...

Tapi aku nak share, bagaimana dan macam mana luahan hati si kekasih hati masa tu, masa dia mengaku dia sebenarnya PLHIV.

Melainkan aku ada masalah hilang ingatan jadi mungkin aku tak ingat lagi peristiwa nih. Tapi janganlah! Doa banyak-banyak biar aku sihat walafiat hendaknya.

Berbalik pada kisah...

Terkejut beruk tau tak? Beruk pun tak terkejut macam aku! *senget*

Sebabnya, si kekasih just text aku je masa dia mengaku dia ada benda alah tu. Tuhan je yang tau perasaan tu. Menangis lah aku berlagu-lagu dan berhari-hari lamanya. Syahdu untuk menerima hakikat tu. Macam beriya sangat kan aku? Tapi memang betul lah. Ini kisah benar. Takkan aku nak mereka cipta.

Masa dia text aku tu, dia cakap...

"Lepas saya cakap semua ni, awak jangan reply mesej saya! Minggu depan baru awak reply. Saya tak nak dengar apa jawapan pun. Saya nak awak bagi jawapan, minggu depan. Semua penentu minggu depan awak bagitau saya." 

"Saya tak nak buang masa saya, saya tak nak awak buang masa awak. Lepas ni buat haluan masing-masing..."

Wah, kliser tak ayat? Macam drama. Tapi kat situ aku macam tak puas hati sebenarnya. Dia dah judge yang aku ni akan tinggalkan dia. Belum bagitau apa pun kat aku? *mengeluh panjang* Kadang terfikir, dia rasa aku ni teruk sangat ke? Sampaikan dia rasa aku akan buat keputusan drastic macam tu.

Aku pun cakap, okey. Sila lah bagitau. Ya saya tak akan reply mesej awak.

Kemudian dia pun reply... panjang berjela mesej. Tapi first word dia,

" Saya HIV Positif! Okey saya dah tersend! Shit!

Wah gitew dia mengaku.

Aku rasa lama dah dia ni cari cara macam mana nak bagitau aku. Tapi last-last macam ni cara dia bagitau. Tsssskkkk.

Dia ada jugak cakap sebenarnya dia nak tinggalkan aku dalam diam. Nak biarkan aku macam tu je....

Then ada lah penerangan dia kat bawah tu panjang berjela... Sampai sekarang aku ada save lagi apa yang dia bagi. Kat wechat tu! Sebab tu sampai sekarang HP aku ni ada password. Bukan boleh caya kalau aku balik kampung, ada je yang nak menggodek HP aku. Bahaya. Sebab  benda ni sangat rahsia untuk aku dan si dia.

Masa tu memang menitik macam air terjun air mata aku ni. Dari menitik, sampai aku meraung macam naik gila. Nasib aku sensorang kat rumah masa tu.

Tapi aku yakin dan pasti, jiran tetangga ada dengar aku meraung. Mungkin dia rasa aku kena dera ke, tapi tak ada pulak yang datang bertanya. Ye dak? Tak pun dia ingat ada hantu menangis. Sebab aku nangis tu, dalam pukul 1 pagi lebih kurang. Sampai ke subuh aku nangis, bengkak seribu mata aku.

Tapi bila fikir balik secara waras, kenapalah cetek sangat aku fikir masa tu. Meraung bagai, rileks sudah. Tapi itu automatic emosi. Sukar untuk dijangka! Sebab aku ni puteri air mata secara jujurnya. hehe.

Oke sambung balik...

Aku memang tak dapat nak menahan tangan aku balas mesej tu! Maka aku balas jugak. Tapi aku balas dalam masa sejam lepas tu. Lepas aku rasa macam dah sedar sikit dari alam yang nyata.
Aku balas dengan segala luahan hati yang terbuku selama ni. Apa yang aku pendam pasal dia dan apa jugak yang berkaitan.

Jugak sebenarya... banyak dah perkara yang aku syak wasangka pada si kekasih hati sebelum ni. Banyak perkara yang dia buat menimbulkan keraguan. Jugak cara dia melayan aku. Pelik kenapa kalau keluar kadang-kadanag makan ubat? Tengah tengok wayang pun makan ubat? Tapi banyak benda aku tak tanya.

Nantilah dalam entry lain aku kongsikan. Keraguan yang aku rasa musykil dan akhirnya menjadi nyata macam sekarang. Nyata yang beliau PLHIV. Rahsia yang beliau simpan yang bertahun lamanya sepanjang hubungan kitorang nih.

Ternyata dia seorang insan yang tabah. Ketabahan yang aku rasa semua PLHIV sedang harung sekarang. Semoga kalian sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat sentiasa. Itu yang menjadi rutin doa aku sekarang kalau terrjumpa dengan sesiapa yang tak sihat kat luar sana.

Semoga jumpa lagi! Nak jumpa siapa wanita rahsia oi? Bukan ada orang baca belog ko pun. HAHA. Kan? betul lah jugak....


Red roses untuk semua orang. Semoga segar-segar selalu~

Bye!

Siapa Wanita Rahsia?

Hello.

Aku wanita rahsia 2014?

Permulaan yang mencabar untuk diri aku sebagai hamba Allah kat muka bumi ni. Dah terlalu banyak nikmat diberi, tapi tak reti bersyukur lah kot. Leka? Yerp. Aku terlalu leka dengan duniawi.
 
Then tuhan pun bagi aku cabaran dan dugaan macam ni. Tuhan nak tengok mampu ke tak aku ni menggalas apa yang di bagi.
 
Semoga kekuatan terus kekal dalam diri aku. Sebab tu aku nak kongsi apa yang akan aku lalui sebagai bakal isteri PLHIV.

Sebab...

Aku tau, lepas ni dugaan tu akan berjuta kali singgah dekat perasaan dan rasional aku. Aku ni manusia biasa je, yang kadang rasa macam superwoman! Tapi terkadang macam lemah ya rabbi.
 
Semoga perkongsian aku selepas ni akan dapat memberikan aku kekuatan sehingga akhir hayat aku. InsyaAllah.
 
 
 
Wassalam.