Friday 14 February 2014

Persediaan Barang Kahwin.

Hello & selamat hari Jumaat.


*Aku termenung kejap*
 
Si kekasih hati dah mula buat persediaan. Beliau mula dah beli barangan kemas. Hmmm.
 
Eh kenapa aku mengeluh?
 
Ke sebab dia beli, emas tengah murah sekarang? So dia ambik peluang tu. Ke sebab dia memang dah bersedia untuk tempuh alam rumah tangga. Tak ada idea untuk persoalan itu.
 
Kadang bukan apa, aku ni rasa macam nak kecik hati je dengan dia.
 
Sebab...
 
Kadang aku bebel-bebel itu ini nak tentukan tarikh kahwin lah, pasal kursus kahwin lah, pasal barang hantaran lah. Dia buat tak tau je dengan aku. Kadang aku rasa macam aku ni syok sendiri! hehe.
 
Tapi ni bila aku senyap je, tetiba dia beli barang kemas tanpa pengetahuan aku. Tau-tau wassap dekat aku gambar resit barang kemas yang dia beli! Wah? Nak surprise lah katanya.
 
Entah.
 
Tak pasti apa yang bermain di minda dia. Ke aku sedang keliru dengan minda lelaki. Ke aku yang emosi sorang.
 
Banyak kali dah aku cakap aku terima dia seadanya. Tapi itulah, sekadar berkata-kata itu memang sangat mudah. Mungkin dia kurang yakin dengan keyakinan aku.
 
Kalau ada jodoh, InshaAllah akan naik pelamin lah aku dalam tahun ni. Tapi paling lewat pun awal tahun depan. Yeay.
 
Aku ni merancang je, ketentuan JADI atau TAK tu kerja Allah. Aku cuma mengharapkan yang terbaik. Dan aku berusaha sedaya mungkin.
 
Diharapkan permulaan & persediaan ini dari pihak si dia, akan lebih memudahkan urusan kitorang untuk masa hadapan. InshaAllah.
 
 
Semoga kebahagiaan milik kita semua. (kredit - google)
 
P/S:
Aku rasa macam nak sanding pakai baju colour mustard! Cantik ke tak eh? teehe.


 
Wassalam.
 
 
 

4 comments:

Unknown said...

Didi dulu pun mcm ni ita... excited buat persediaan.... even ms tu kami dh tahu status dia... dan dia pernah berputus asa... lps dia dh stabil... dia mmg nmpk excited... even kad kahwin pun, dia yang tentu kan...dia yang lebih seronok merancang... ke sana sini survey... gi expo bagai....

Bella harap.... seandai nya betul jodoh ita dengan dia... jangan jadi macam bella akhirnya....

Kaler mustard cantek...

Unknown said...

Bella..

Masa Ita ada buat entry ni, ada teringat kisah Bella. Bella ada cakap Didi dulu semangat dalam buat persediaan. Tu yang jadi macam takut & kurang yakin.

Entahla. Susah nak mentafsir dan memahami.

Kalau takdir JODOH tu ada, Ita jemput Bella. InshaAllah. Kalau tak ada???

Wallahualam.

:)

p/s Tapi Ita gelap! Nampak macam kelam je pakai colour tuu. hee

Unknown said...

ita,

jodoh pertemuan..ajal maut semua di tangan Allah... macam bella sendiri, tidak ada sekelumit pun rasa menyesal semasa mengetahui status didi dan meneruskan perkahwinan.... terkejut..terkedu... itu sahaja yang bella rasa....

bella anggap semua ini adalah ketentuan Tuhan pada bella....mungkin Tuhan beri bahagia seketika dan derita kemudian agar bella menginsafi dosa2...rahmat Allah...walau kadang bella rs perit...bella rasa hiba...pilu..tetapi semua itu adalah ketentuan..tertulis buat bella....

orang tgk bella ni happy je...walaupun berat badan susut (alasan bella.sedang diet)..tapi rasa di dalam hati..Allah sahaja yang tahu.nasib bella baik, di pejabat termenung pun orang tak perasan...

insya Allah..bermunajat la pada Allah...mohon diberi petunjuk... macam ni la roda kehidupan...ada masa bahagia...ada masa kecewa... bella tetap berharap, ada sinar bahagia untuk bella... walaupun bukan dengan didi... walaupun mungkin bella akan single selepas ini...bella redha

eh..mustard tu kalau pandai pilih..should be okay ita...hehehehhe

Mak Wardah said...

Subhanallah, May Allah will always blessed both of u.