Hype.
Sejujurnya
last week aku memang ada pm Abang Pie untuk mintak pendapat sikit. Tapi
tak sempat nak bertanya panjang sebab aku risau akan menganggu beliau.
Jugak ada pm Abang Najmi sebelum-sebelum tu. Rasanya ramai yang kenal mereka
nih as a blogger secara tidak langsung kalau banyak baca artikel tentang
HIV dan perkara-perkara yang berkaitan.
Alkisahnya...
Aku
rasa bukan aku saja, ada jugak gegadis yang sama situasi dengan aku. Buat apa
yang aku buat sekarang. Sebab... nak mencari kepastian dan kekuatan diri.
Jadi sibuklah ke sana dan ke sini mencari sesuatu yang tak pasti.
Maka
dalam hari Isnin yang lepas datang kerja, pagi-pagi kerja aku bukak belog dan
baca mana-mana yang patut. Dan terbaca entry seperti yang di bawah. Dua
tiga kali aku ulang baca.
Sumpah
berdebar-debar! Sebijik macam aku nih. Itulah pepatah siapa yang makan cili,
akan terasa pedasnya.hehe.
*
* *
"
Sejujurnya ini adalah antara entri yang sangat berat untuk aku kongsikan secara
terbuka. Aku tahu ianya melibatkan sensitiviti banyak pihak. Mungkin ramai yang
akan terasa hati. Akibatnya aku mungkin dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan
bakal kehilangan kawan.
Tetapi, apabila semakin
hari semakin banyak aku berdepan dengan isu tersebut, kadangkala aku bingung
kerana aku tahu isu ini menyebabkan golongan yang teraniaya semakin teraniaya.
Begini.
Perempuan, apabila
menghubungiku meminta pandangan untuk mendirikan rumahtangga bersama ODHA,
biasanya yang mereka risaukan ialah adakah mereka berisiko dijangkiti, peluang
bakal suami hidup sihat, peluang mendapat zuriat bebas HIV, rawatan, masa
depan, dan sebagainya. Memang dalam soal tersebut sebenarnya tidak ada banyak
masalah.
Semangat mereka pula
biasanya sangat berkobar-kobar. Rela berkorban dan sungguh setia. Malahan
kadang-kadang lebih teruja untuk membantu bakal suami. Setakat tolong temankan
bakal suami jumpa doktor itu, doktor ini, telefon sana, telefon sini untuk
dapatkan pandangan atau berikan sokongan, itu standard! Malah, belum apa-apa
lagi ada yang sibuk hendak menjadi supporter dan volunteer. Memang bagus,
tetapi tidak semudah itu, dik. Banyak perkara yang perlu difahami terlebih
dahulu.
Mereka selalunya panik, sangat
risau jika perkahwinanterpaksa dibatalkan. Boleh difahami. Maklum sahaja tarikh
perkahwinan semakin hampir sedangkan result ujian saringan HIV pra perkahwinan
baru saja diketahui. Mana mereka hendak letak muka kerana semua ahli keluarga
sudah tahu, kad jemputan ke majlis perkahwinan telah diedarkan, dan macam-macam
persediaan telah dibuat.
Ibu dan bapa pula sangat
teruja kerana bakal menerima calon menantu mithali. Apa tidaknya – tutur kata
lemah lembut, pengetahuan agama boleh tahan, gentleman, punya karier memuaskan,
pembersih, rajin di dapur, hormat orang tua, aktif bersukan, tubuh badan sedap
mata memandang (six pack), dressing meletup, dan banyak kelebihan dalam
macam-macam perkara. Arghhh… mudah cerita memang ‘sempurnalah’!
Tolonglah faham…
Di sebalik semua perkara
tersebut, ada perkara yang aku rasa lebih penting yang perlu mereka faham
betul-betul sebelum meneruskan hasrat. Hendak diterangkan secara terbuka di
blog ini, bimbang menimbulkan salah faham dan lebih banyak stigma. Tidak diterangkan
pun salah. Jadi, ini sahajalah kemampuan dan pertolongan yang mampu aku
berikan. Setiap hari aku berdepan dengan pelbagai kerenah dan suka duka
komuniti. Aku tahu permainan emosi dan psikologi komuniti. Aku tahu beberapa
perkara penting yang orang awam tidak tahu.
Keutamaan aku adalah untuk
menjaga kebajikan pihak perempuan. Di penghujung segala ujian, perempuanlah
yang biasanya menjadi mangsa sebenarya. Peliknya, aku yang cuba membantu
dianggap cuba menghalang hasrat mereka. Akibat denial tentang perkara yang
mereka tidak sanggup fikirkan atau langsung tidak faham atau memang sengaja
tidak mahu faham, atau cuma mahu faham secara berpilih, aku pula dijadikannya
musuh.
* * *
Kalau diterangkan pun,
belum apa-apa mereka anggap sudah faham semua perkara. Lebih teruk, semua
perkara yang aku cuba minta mereka fikirkan betul-betul dianggap tidak penting.
Apabila aku cadangkan untuk berjumpa kaunselor jika tidak mempercayai aku,
mereka anggap remeh.
Jika sudah kemaruk cinta,
kita cakap apa pun tidak berguna. Semuanya mereka anggap mudah dan boleh
diatasi. Yang penting bagi mereka, mereka hendak berkahwin. Jika dinasihatkan,
mereka kata mereka tahu bahawa perkahwinan ini soal amanah dan tanggungjawab.
Sudah pertimbangkan macam-macam perkara. Sudah istisyarah dan istikharah. Tahu
bahawa ini komitmen seumur hidup. Sudah dapat restu keluarga. Betulkah keluarga
memang faham semua persoalan ini?
Sudahnya, selepas sebulan dua berkahwin mulalah sibuk hubungi aku
semula. Sudahnya ada yang berkahwin sehingga 5 – 6 tahun tidak pernah
disentuh suami. Atau, walaupun mempunyai ramai anak dan kelihatan normal
sebagai keluarga biasa, tetapi hakikat sebenar ujian hidup, Tuhan sahaja yang
tahu. Alami deraan dan trauma mental yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat.
Sendirian.
Kalau sekadar mahu dengar
pandangan yang menyenangkan hati, terpulanglah. Kalau sudah hendak kahwin
sangat, kahwinlah. Tidak ada kena-mengena dengan aku. Aku doakan yang baik-baik
sahaja.
Jadi, kepada yang
berfikiran terbuka dan rasional, cuba fahamkan betul-betul apa yang tersirat di
sebalik perkongsian ini. Jika ada perkara yang belum pasti, boleh sahaja
hubungi aku. Tetapi sebaik-baiknya telefonlah. Aku tidak larat hendak
berbalas-balas e-mel, SMS, FB messages, dan Whatsapp panjang lebar. Banyak
perkara yang perlu aku uruskan.
Tetapi janganlah anggap
bahawa apabila aku kongsikan isu ini, aku bermaksud menghalang perkahwinan
dengan ODHA. Relax la. Aku sendiri pun ODHA. Mustahil aku tergamak hendak
halang orang mahu bina masjid. Aku memang sokong pun. Malah aku sentiasa cuba
temukan jodoh yang serasi. Ramai sahaja yang sudah berkahwin dan hidup bahagia.
Apa yang aku maksudkan,
cuba berfikir secara rasional. Cuba minimakan risiko tertentu yang jauh lebih
dahsyat berbanding HIV. HIV terlalu simple untuk difahami. Tetapi, attitude manusia,
masya Allah! Ingatlah. Kesilapan sekarang mungkin akan memberikan kesan seumur
hidup.
* * *
Beberapa tips mudah
- Pastikan bakal suami menitikberatkan tuntutan solat dan nilai-nilai
agama.
- Cuba kenali rakan-rakan rapat bakal suami. Perhatikan cara pergaulan dan
aktiviti mereka. Jangan sampai kelihatan mengongkong atau buruk sangka.
-
Pastikan bakal suami memang
seorang yang jujur. Jika selalu dan pernah berdolak-dalih, serta merahsiakan
sesuatu yang sepatutnya tidak perlu dirahsiakan, berhati-hatilah.
- Strong character, stabil emosi dan psikologi. Jika selalu down, moody,
sering minta dibantu, difahami, dan merajuk mengalahkan anda sendiri seorang
perempuan, sila fikirkan kembali keputusan anda.
-
Terlalu perfectionist, ego,
dingin, keras hati, mendesak, mengongkong, dan sukar menerima kelemahan anda.
Ianya mungkin petanda-petanda negatif.
- Memahami perasaan dan tekanan anda sebagai bakal isteri dan sentiasa
bersedia memberikan sokongan bila-bila perlu. Bersedia menerima segala kekuatan
dan kelemahan anda.
- Memahami maklumat asas HIV, bersedia menjalani rawatan dan patuh kepada
rawatan. Faham merangkumi, tahu cara mengelakkan jangkitan, dan bersedia
mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan. Faham cara untuk mendapatkan
zuriat bebas HIV. Sentiasa berfikiran dan bersikap positif. "
KREDIT HERE :
Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @
AHP
Facebook: Ahp Pie
* * *
Sampai sekarang hati aku
terkesan dengan kenyataan yang kat bawah ni...
"Lebih baik
menangis sekarang daripada menangis seumur hidup selepas segalanya dah
terjadi."
Adakah aku perlu menangis lagi? Tapi kali nih nangis dia lain macam
sikit nih.
Aku pernah menangis
bertahun lamanya sebelum ni, dan apabila aku menemui si kekasih hati. Aku ingat
aku dah tak nak nangis dah. Tapi nih nangis lagi teruk. Kan?
Nanti lah aku cerita kenapa
aku nangis teruk sebelum ni. Banyak cerita yang aku nak kongsi, tapi masa
sangat terhad dengan kerjaya aku sekarang.
Mood tengah jatuh, rasa
macam tak nak kahwin sampai bila-bila! HEHE. (Biasalah ayat pompuan tengah
kuciwa)
Tapi satu kenyataan ni pun
terkadang buat aku lega,
"Akan
ada pelangi selepas hujan..."
Tapi dalam kes aku ni, aku
belum dapat rasa pelangi tu. Mungkin ada? Mungkin tak ada? Tapi kita kena
percaya, ketentuan Allah itu sangat cantik.
Wassalam.