Monday 5 October 2015

Alfatihah Arwah Abang Pie

Sayu.
 
Itu je yang aku dapat nyatakan tika aku sedang mencoret di sini.
 
Sungguh, ajal maut jodoh itu semua ketentuan Tuhan.
 
Berat mata memandang, berat lagi hati ahli keluarga arwah abang Pie yang menanggung. Salam takziah buat Kak Da & Kak Ummie.
 
Rasa kehilangan teramat sangat. Arwah lah  yang selalu aku hubungi tika aku dalam dilema dahulu. Arwah juga banyak membantu aku dalam mengurus emosi sebelum membuat keputusan nak berkahwin.
 
Aku ingat lagi, aku nikah 29 Mei 2015 hari Jumaat.
 
Tiba-tiba aku mendapat perkhabaran pada hari Selasa ke Rabu camtu, arwah telah meninggal dunia.
 
Ya.
 
Sampai hari ini aku masih sayu.
 
Dua tiga hari sebelum aku bernikah, arwah sudah pergi selama-lamnya. Belum sempat aku berkongsi kegembiraan.
 
Hanya doa setiap kali solat aku titipkan.
 
 
Semoga arwah Abang Pie tenang di sana.
(kredit gambar dari FB Kak Ummie)
 
Al-fatihah.
 
 
 
Panjangkan usia suamiku Ya Allah. Berikanlah kesihatan yang baik pada suamiku. Kekalkan rasa bahagia ini Ya Allah. Kau berikanlah aku ketabahan untuk terus bersyukur atas segala nikmat yang Kau beri.
 
 

2 comments:

Anonymous said...

Sis, Saya pun sedih dengan pemergian arwah..Arwah sgt baik. Sentiasa memberi kekuatan kepada sy dan sentiasa menasihati ketika sy memerlukan.

Pada waktu arwah sedang tenat, suami saya pun tgah warded dan tenat juga dgn Sakit PCP. Tapi Alhamdulillah dalam 7 Hari suami sy discharge dr wad. Belum sempat Nak share Berita gembira, arwah telah pergi Buat selamanya. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan org yang beriman. Insya Allah.

Semoga suami saya juga semakin sehat. Sentiasa berdoa Dan berharap akan ada kebahagiaan. Kami sehingga kini juga belum dikurniakan zuriat. Suami pun masih dalam proses untuk sembuh daripada jangkitan baru. Ya Allah. Permudahkan segala yang sukar. Amin. :,(

Unknown said...

sedih.

Pemergian Arwah Abang Pie memang sangat memberikan kesan pada kita yang selalu berhubung dengan arwah. Hanya doa je yang mampu kita sedekahkan.

Really? So sad to know that. Hope suami sis diberikan kesihatan yang baik. InshaAllah. Nanti kitca contact2 oke :)

Hubby ambik HAART kan?