Monday 23 February 2015

Perlukah ahli keluarga tahu?

Dilema.

Ya. Aku hari-hari dilanda dilema.

Dilema apa?

Dilema lah, beberapa bulan lagi aku nak jadi isteri dia. Sampai bila nak berahsia dengan keluarga? Sampai hujung nyawa kami ke?

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Peribasaha sangat.

Aku diam & fikir sensorang. Tak tau nak share dengan siapa. Malas nak stress fikir macam-macam. Tapi terkadang datang kerisauan tu.

Aku macam nak bagitau kat salah sorang keluarga dia. Kena beritau. Kot la apa-apa jadi pada aku. Aku umur tak panjang ke? Cmna? Aku ni duduk jauh bekerja di Borneo. Kalau kahwin pun kitorang PJJ. Kalau jadi pape kat dia kat sana, mana aku tau? Sekurang-kurangnya kalau ada sorang family members dia tau. Boleh tengok-tengokkan.
 
Hmm.

Tapi aku pernah tanya si tunang. Sampai bila nak berahsia camni??

Dia jawab sampai akhir hayat. Sampai bila-bila. Aku blank kejap, tak ada jawapan.



***

6 comments:

Unknown said...

pasal didi pun...hanya bella sahaja yang tahu..

mungkin bella pun simpan sampai ke mati rahsia itu... dalam keadaan sekarang...begitu la nampak nya..

dulu, bella pernah terfikir jugak tetapi memikirkan ia nya menjatuhkan maruah didi...bella tidak membuka rahsia ini pada sesiapa..biarlah bella simpan seorg diri walau apa yang terjadi pada hubungan kami... insya Allah...

eva said...

tq wanita rahsia & bella.. ur blog is really helpful. all of us in the same boat.. keeping the secret from the family, for the sake of our loved ones.

i'm not sure how far we can go with this dugaan.. redha & tawakal.

Unknown said...

eva,

tawakal la pada Allah....Dia lebih tahu yang terbaek...orang tgk kita bergelak tawa, orang tak tahu di dalam hati apa jadik...bella sendirik cuba sedaya upaya menyembunyi kan semua nih....

betol, sabar ada had nya....

Anonymous said...

Keluarga husband Dan keluarga saya Tahu tentang suami. Pada mulanya dapat tentangan dr keluarga saya. Tapi alhamdulillah, lama kelamaan keluarga saya terima. Sekarang kami sama2 memberi semangat pada suami agar suami Kuat menghadapi ujian dari yang Maha Esa. SesungguhNya ujian yg diberikan ada hikmah disebaliknya. Insya Allah. :,(

Unknown said...

BELLA & EVA.

Pabila merahsiakan daripada ahli keluarga, sukar untuk dinyatakan. Ditelan mati bapak, diluah mati emak. InshaAllah akan ada jalan untuk setiap kekusutan yang kita alami sekarang ni.

Bertabahlah walaupun ayat tu kliser. Hmm.

Unknown said...

ANON.

Sangat berbangga sebab sis berpeluang untuk berterus terang dengan family.