Thursday 16 January 2014

Pabila kekasihku mengaku PLHIV.

Hello.

Aku rasa aku takkan lupa sampai bila-bila kejadian nih. Tarikh dia? Macam nak rahsia. Biasalah, aku kan wanita rahsia. Kalau korang tanya aku cun tak? Jawapan aku, wanita rahsia cun-cun belaka. *gelak besar* (perasan)
 
Abaikan...

Tapi aku nak share, bagaimana dan macam mana luahan hati si kekasih hati masa tu, masa dia mengaku dia sebenarnya PLHIV.

Melainkan aku ada masalah hilang ingatan jadi mungkin aku tak ingat lagi peristiwa nih. Tapi janganlah! Doa banyak-banyak biar aku sihat walafiat hendaknya.

Berbalik pada kisah...

Terkejut beruk tau tak? Beruk pun tak terkejut macam aku! *senget*

Sebabnya, si kekasih just text aku je masa dia mengaku dia ada benda alah tu. Tuhan je yang tau perasaan tu. Menangis lah aku berlagu-lagu dan berhari-hari lamanya. Syahdu untuk menerima hakikat tu. Macam beriya sangat kan aku? Tapi memang betul lah. Ini kisah benar. Takkan aku nak mereka cipta.

Masa dia text aku tu, dia cakap...

"Lepas saya cakap semua ni, awak jangan reply mesej saya! Minggu depan baru awak reply. Saya tak nak dengar apa jawapan pun. Saya nak awak bagi jawapan, minggu depan. Semua penentu minggu depan awak bagitau saya." 

"Saya tak nak buang masa saya, saya tak nak awak buang masa awak. Lepas ni buat haluan masing-masing..."

Wah, kliser tak ayat? Macam drama. Tapi kat situ aku macam tak puas hati sebenarnya. Dia dah judge yang aku ni akan tinggalkan dia. Belum bagitau apa pun kat aku? *mengeluh panjang* Kadang terfikir, dia rasa aku ni teruk sangat ke? Sampaikan dia rasa aku akan buat keputusan drastic macam tu.

Aku pun cakap, okey. Sila lah bagitau. Ya saya tak akan reply mesej awak.

Kemudian dia pun reply... panjang berjela mesej. Tapi first word dia,

" Saya HIV Positif! Okey saya dah tersend! Shit!

Wah gitew dia mengaku.

Aku rasa lama dah dia ni cari cara macam mana nak bagitau aku. Tapi last-last macam ni cara dia bagitau. Tsssskkkk.

Dia ada jugak cakap sebenarnya dia nak tinggalkan aku dalam diam. Nak biarkan aku macam tu je....

Then ada lah penerangan dia kat bawah tu panjang berjela... Sampai sekarang aku ada save lagi apa yang dia bagi. Kat wechat tu! Sebab tu sampai sekarang HP aku ni ada password. Bukan boleh caya kalau aku balik kampung, ada je yang nak menggodek HP aku. Bahaya. Sebab  benda ni sangat rahsia untuk aku dan si dia.

Masa tu memang menitik macam air terjun air mata aku ni. Dari menitik, sampai aku meraung macam naik gila. Nasib aku sensorang kat rumah masa tu.

Tapi aku yakin dan pasti, jiran tetangga ada dengar aku meraung. Mungkin dia rasa aku kena dera ke, tapi tak ada pulak yang datang bertanya. Ye dak? Tak pun dia ingat ada hantu menangis. Sebab aku nangis tu, dalam pukul 1 pagi lebih kurang. Sampai ke subuh aku nangis, bengkak seribu mata aku.

Tapi bila fikir balik secara waras, kenapalah cetek sangat aku fikir masa tu. Meraung bagai, rileks sudah. Tapi itu automatic emosi. Sukar untuk dijangka! Sebab aku ni puteri air mata secara jujurnya. hehe.

Oke sambung balik...

Aku memang tak dapat nak menahan tangan aku balas mesej tu! Maka aku balas jugak. Tapi aku balas dalam masa sejam lepas tu. Lepas aku rasa macam dah sedar sikit dari alam yang nyata.
Aku balas dengan segala luahan hati yang terbuku selama ni. Apa yang aku pendam pasal dia dan apa jugak yang berkaitan.

Jugak sebenarya... banyak dah perkara yang aku syak wasangka pada si kekasih hati sebelum ni. Banyak perkara yang dia buat menimbulkan keraguan. Jugak cara dia melayan aku. Pelik kenapa kalau keluar kadang-kadanag makan ubat? Tengah tengok wayang pun makan ubat? Tapi banyak benda aku tak tanya.

Nantilah dalam entry lain aku kongsikan. Keraguan yang aku rasa musykil dan akhirnya menjadi nyata macam sekarang. Nyata yang beliau PLHIV. Rahsia yang beliau simpan yang bertahun lamanya sepanjang hubungan kitorang nih.

Ternyata dia seorang insan yang tabah. Ketabahan yang aku rasa semua PLHIV sedang harung sekarang. Semoga kalian sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat sentiasa. Itu yang menjadi rutin doa aku sekarang kalau terrjumpa dengan sesiapa yang tak sihat kat luar sana.

Semoga jumpa lagi! Nak jumpa siapa wanita rahsia oi? Bukan ada orang baca belog ko pun. HAHA. Kan? betul lah jugak....


Red roses untuk semua orang. Semoga segar-segar selalu~

Bye!

3 comments:

Anonymous said...

........

Unknown said...

alhamdulilah, anda seorang wanita yang tabah. sy harap dapat bertemu jodoh dengan wanita setabah awk. doakan utk sy

Unknown said...

alhamdulilah, anda seorang wanita yang tabah. sy harap dapat bertemu jodoh dengan wanita setabah awk. doakan utk sy