Friday 24 January 2014

Terjumpa Belog 'Derita Hati".

Hype.


Dalam beberapa hari ni, aku terfikir. Terfikir dan mencari blogger perempuan kat luar sana yang kot lah ada masalah yang lebih kurang macam aku. So aku macam nak baca kisah hidup dorang macam mana. Maybe tak seratus peratus sama, tapi ada berkaitan dengan HIV dan seangkatan dengannya.
 
Sebab aku tau, memang banyak blogger perempuan yang aktif. Macam aku jugak!  Kalau nak tau? Aku sebenarnya ada blog lain. Ada dunia blog aku yang aktif. Dekat blog aku yang kat sana ramai kawan. Tapi aku perlu rahsiakan dekat sini. Sebab...  kat situ segala muka aku ada. Muka si kekasih hati pun bersepah. Family apatah lagi.
 
Tapi itulah... apa yang aku musykilkan sekarang. Kenapa dekat belog yang sana, aku tak jumpa kawan-kawan yang share tentang HIV? Ke aku yang salah pandang? Ke aku yang mengabaikan. Hm. I have no idea. Sedih pulak aku rasa.
 
Then hari nih, aku sibuk baca blog sana dan sini, terjumpa blog Bella. Blog DERITA HATI. Sedihnya aku rasa. Menitik air mata ni. Beliau yang sudah berumah tangga dan suami beliau yang begitu. Ya Allah. Dugaan yang aku rasa, maha hebat. Tapi Allah sayangkan Bella. Sebab Allah tau Bella kuat.
 
Aku harap kebahagiaan yang hakiki akan hadir dalam hati dan hidup Bella. Walaupun mungkin bukan sekarang, tapi aku selalu percaya akan ada pelangi selepas hujan.
 
Be STRONG BELLA!! =)
 

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
 
Aku harap, aku akan berkawan dengan Bella dan dapat berjumpa dengan beliau suatu hari nanti. InsyaAllah.
 
Wassalam.
 
 
 
Bye!

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum wanita ini rahsia...

heheheh... terima kasih sudi membaca blog bella yang merepek meraban itu...

terima kasih bg sokongan pada bella...dan mendoakan bella.... insya Allah..sokongan semua menjadikan bella kuat... walau kadang2 rasa seperti tersungkur....

keep in touch yer..