Friday, 24 January 2014

Terjumpa Belog 'Derita Hati".

Hype.


Dalam beberapa hari ni, aku terfikir. Terfikir dan mencari blogger perempuan kat luar sana yang kot lah ada masalah yang lebih kurang macam aku. So aku macam nak baca kisah hidup dorang macam mana. Maybe tak seratus peratus sama, tapi ada berkaitan dengan HIV dan seangkatan dengannya.
 
Sebab aku tau, memang banyak blogger perempuan yang aktif. Macam aku jugak!  Kalau nak tau? Aku sebenarnya ada blog lain. Ada dunia blog aku yang aktif. Dekat blog aku yang kat sana ramai kawan. Tapi aku perlu rahsiakan dekat sini. Sebab...  kat situ segala muka aku ada. Muka si kekasih hati pun bersepah. Family apatah lagi.
 
Tapi itulah... apa yang aku musykilkan sekarang. Kenapa dekat belog yang sana, aku tak jumpa kawan-kawan yang share tentang HIV? Ke aku yang salah pandang? Ke aku yang mengabaikan. Hm. I have no idea. Sedih pulak aku rasa.
 
Then hari nih, aku sibuk baca blog sana dan sini, terjumpa blog Bella. Blog DERITA HATI. Sedihnya aku rasa. Menitik air mata ni. Beliau yang sudah berumah tangga dan suami beliau yang begitu. Ya Allah. Dugaan yang aku rasa, maha hebat. Tapi Allah sayangkan Bella. Sebab Allah tau Bella kuat.
 
Aku harap kebahagiaan yang hakiki akan hadir dalam hati dan hidup Bella. Walaupun mungkin bukan sekarang, tapi aku selalu percaya akan ada pelangi selepas hujan.
 
Be STRONG BELLA!! =)
 

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
 
Aku harap, aku akan berkawan dengan Bella dan dapat berjumpa dengan beliau suatu hari nanti. InsyaAllah.
 
Wassalam.
 
 
 
Bye!

Thursday, 23 January 2014

Bos yang keliru?

Hype.

Semalam bos belanja makan! Macam biasa company aku memang suka belanja staff makan. Itu memang aku suka! Bila gemuk aku pun susah hati. Tapi makan free memang best.
 
 
 
Makan bunga ros? Boleh? HEHE

Oke berbalik pada cerita, masa tengah makan tu. Entah macam mana, bos aku boleh pulak cerita pasal kawan dia. Kawan dia yang kena kuarantin sebab  tolong orang yang eksiden. Orang yang eksiden tu pulak kaki hancur, then darah banyak keluar mencurah-curah katanya.
 
Kebetulan lagi, kawan dia yang tolong tu ada luka. Maka, kat situ ada sedikit permasalahan barangkali. Kalau kawan yang tolong tu tak ada apa-apa luka, maybe... tak jadi masalah kan?
 
Masa cerita tu, bos aku macam ada sedikit keraguan. Dia rasa macam tak selamat kalau nak tolong orang yang eksiden kalau situasi macam tu. Sebab tak tau status orang lain.
 
Tapi mana mungkin kita akan tau? Hmm.
 
Dekat situ, aku rasa macam a bit tak best lah. Macam beliau tak selesa dengan orang yang ada HIV?
 
So aku cuma boleh tambah masa makan tu, tak ada masalah kalau kita sihat dan tak ada luka. InsyaAllah tak jadi apa. Nak cakap banyak-banyak tak boleh sangat, sebab tak nak kawan-kawan opis syak pulak kat aku.
 
Cuma, bila sekarang ni ada sesiapa je orang sekeliling aku sebut pasal HIV. Aku jadi macam perlu untuk cakap sesuatu yang positif!
 
Tapi tak tau lah apa status kawan kepada bos aku tu. Tak pula aku bertanya lanjut. Semoga beliau berada di dalam keadaan yang sihat walafiat. Amin.
 
 
 
Wallahualam.
 
 

Tuesday, 21 January 2014

Kisah Ujian Saringan HIV.

Hello.

Nak share cerita panjang lebar...

Aku memang dah lama berteka-teki pasal macam mana pihak hospital @  klinik akan membantu kalau ada mana-mana pasangan yang nak buat ujian saringan HIV,  tapi dah memang salah sorang antara pasangan disahkan positif?

Then banyak jugak yang aku baca, pelbagai rintangan yang bakal-bakal pengantin macam aku ni nak hadap benda alah ni. Ada cara untuk selesaikan sebenarnya kan? Sebab semua masalah itu akan ada jalan penyelesaian. InshaAllah.

 Tapi aku belum buat kajian habis-habisan pasal tu. Tapi aku nak cerita atau kongsikan perbualan apa yang berlaku tempoh hari antara aku dengan kawan aku.

Perbualan ni berlaku masa kenduri kahwin. Memang time kenduri kahwin jelah akan jumpa kawan-kawan lama dan boleh sembang panjang macam-macam.



* * *

 
Sebabnya kawan aku ni, dia memang kerja kat makmal. Rezeki dia dapat kerja kerajaan lagi awal dari aku. Then  kerja pulak  kena cek-cek ujian darah bagai. Sebab dia pernah tanya aku dulu, kalau ko sibuk tapi nak buat ujian saringan HIV kang dah nak kahwin. Ko datanglah klinik aku. Aku bagi ko awal siap! The best punya. So aku pun okey kan saja! Beres.

(Buat pengetahuan: kawan aku ni tak tahu menahu tentang masalah aku ni. Dia jugak kenal dengan kekasih hati aku. Kitorang bertiga satu sekolah masa sekolah menengah dulu. Siap kekasih hati aku ni sekelas dengan kawan aku yang kerja makmal ni.)

Oke jum teruskan cerita...

Saja lah aku pancing-pancing buat tanya, ramai tak kes yang buat ujian saringan HIV dan disahkan positif kat tempat kerja ko? Then dia cakap ramai je sebenarnya. Ramai jugak yang buat keputusan nak kahwin. Tapi ada jugak yang cancel kahwin. Yang nak kahwin tu, maybe persiapan semua dah siap. So kahwin jelah. Cinta katanya.

 
Lama ke nak tau darah orang tu negatif or positif kalau datang cek?

Taklahh.. 5 ke 10 minit dah siap. 

Tapi kalau positif darah tu  ko buat apa?

Nanti darah tu hantar hospital nak cek. Lepas tu doktor akan buat kaunseling untuk pasangan tu lah. Sama ada dorang nak kahwin atau tak. Bagitau lah masalah yang berkaitan dan sebagainya.

Aku pun buat-buat pancing lagi.

Ha? Ada yang kahwin? Biar betul? Gila lah...

Memang gila pun! Doktor ada bagi kaunseling, tapi still nak kahwin jugak. Tapi ada jugak yang doktor panggil suruh kaunseling, tapi ada yang tak nak datang. 

Kalau yang kahwin tu..

Maka aku pun pancing lagi, so macam mana prosedur? So kena cop REAKTIF ke? Apa saranan doktor dan ko as a staff nurse? Ko oke ke dengan orang yang HIV positif ni?

Jawapan dia kat situ, kalau dah positif memang kena cop reaktif la!! 

Aku dengan dorang ni ok je. Tak ada masalah. Dorang pun macam kita jugak. Yang penting waktu aku rawat tu, aku tak ada luka. That's mean tak ada la darah dia kena kat aku.

Aku tambah lagi...

Alaaaa. Ko cop la jangan bagi reaktif!! (gelak). Konon aku gelak besar kat situ nak melawak dengan kawan aku.

Ko gila? Ko nak aku kena buang kerja? Mana boleh sesuka hati cop macam tu. Waktu cop benda alah, dia ada sign kat bawah, siapa nama yang buat ujian darah tu. 

HEHE. Aku pun gelak-gelak lagi. Sebab tak nak nampak sangat borak aku tu macam serius. Tak nak lah dia syak aku punya masalah sebenarnya.

Tetiba dia Tanya, ko kenapa tanya macam ni?

Aku pun.. Errr.. Taklah, ada kawan opis aku tu. Kesian dia, dia dah nak kahwin. Tapi bakal suami dia HIV Positif. Tu yang aku terjumpa ko ni, aku teringat pulak nak tanya. Dah kawan opis aku tu sedih je memanjang. Hmm. Ko tak ada apa-apa idea nak tolong macam mana?

Nak tolong apa?

Yelah. Kot lah ko boleh bagi borang saringan yang lain. Contohnya, bagi borang kedua tapi yang cop negatif. Macam mana nak nikah? Nanti family tahu lah suami dia HIV. Comfirm la family dia tak bagi kahwin!

Memang tak boleh lah senget!
 
Boleh lah jugak. Ko ni. Takkan tak tolong.(senyum). Aku sengaja pancing lagi.

Mana boleh. Ko ni pun. Klinik tu bukan aku yang punya. (gelak lagi)

Dahtu, aku macam pernah dengar satu slogan tu. Hasil ujian darah adalah RAHSIA? So penipu lah slogan tu eh? Baik jangan undi sesiapa. (gelak)

Itu rahsia antara doktor dengan pesakit lahh. Bukan rahsia dengan semua orang.

Ah aku tak puas hati! Mana boleh macam tu, kena lah rahsia jugak. Rahsia dengan tok kadi. Rahsia dengan ahli keluarga. Dapatnya tok kadi bagitau family macam mana? Kan ke nanti borang HIV tu kena submit kat tok kadi.

Ala... suruh kawan ko kaw tim dengan tok kadi. Suh tok kadi rahsiakan. (gelak besar)

Hamboi! Kalau tok kadi tu mulut longkang macam mana? Kalau tok kadi tu baik dengan family tu macam mana? Baik dengan orang kampung pulak tu. Tak ke naya? Satu kampung jadi tau! Tak bagus la idea ko. (gelak lagi)

Haaa. Itulah masalah korang yang nak kahwin lah. Itu memang risiko. Dah nak sangat kahwin dengan orang HIV. So masalah memang macam-macam lahh. Aku tak ada idea pasal tu. Pandai-pandai lah. (geram masa ni. sabra jelah!)

Hamboi... (gelak besar)

Aku tau apa soalan ko sebenarnya, ko tak  nak ada cop rekatif kan? Nak ada boring kedua yang  cop negatif? Memang tak bolehhhh.



* * *


 
Perbualan kitorang habis sampai situ je. Then terus masuk cerita lain. Malas nak tanya lebih melarat lagi, sebab aku cuma nak tau macam mana situasi tu kat klinik beliau kerja. Tapi aku tak taulah klinik lain macam mana. Aku rasa pun lebih kurang.

Tapi aku ada terbaca dalam entry Abang Najmi, pasal ujian saringan HIV ni macam mana nak buat. So aku terbaca ada satu hospital yang akan membantu. Aku belum cuba nak contact lagi untuk tanya prosedur tu. Sebab aku tau memang akan ambik masa dan sedikit leceh kat situ.

Sekiranya bermasalah. Nanti aku update apa yang berlaku kat sana. Akan aku cuba kongsikan selagi boleh, selagi aku kuat untuk menjadi hamba Allah yang redha akan segala ketentuan ini.

 
Semoga jumpa lagi!
 
 
p/s Oh aku mahu mohon maaf atas penceritaan yang berlaku di atas. Mungkin sedikit sebanyak agak cakap main lepas dan kelihatan oh kasarnya bahasaku. Tapi itulah kebenaran yang terjadi. Hakikat perbualan. Semoga kita mengambil ikhtibar. Juga sebenarnya, aku merupakan gadis yang ceria dan suka gelak! So maybe orang lain di luar sana yang mengenali aku, tidak menduga aku memendam perihal ini.
 
 
 
Semoga kalian terus sihat dan menjadi insan yang cekal dan segar!