Tuesday 4 July 2017

Syawal Day 9

Cepat sungguh masa berlalu. Ucapan ramadan pun tak ada. Tau-tau ucapan syawal je pulak yang muncul. 

Apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kalian yang singgah di teratak aku yang selalu bersawang ni. 

Ada teguran sahabat luar yang menyarankan aku untuk terus mencoret di sini. InshaAllah. Aku akan cuba sehabis baik. Namun bukanlah coretan harian. Sebab aku ni ada je masa kadang-kadang. Tapi aku rasa macam malas nak mengarang dah. 

Padahal aku terel mengarang. HAHA. (abaikan)

Aku sekarang ada penyakit malas nak reply wassap. Malas nak reply komen di FB, IG dan sebagainya. Suka pos & baca komen orang sahaja. Pelik tapi benar. 

Raya baru-baru ni, alhamdulillah sangat manis bagi aku dan suami. Si kecik dah 09 bulan. Pandai nak manja-manja dengan papa. Bila nak mama masa nak tidur & susu sahaja. 

Sebenarnya nak cakap. Aku masih lagi kerap peroleh email dari insan di luar sana yang sedang buntu dan memerlukan kekuatan. Dan aku dapat rasakan, mereka mencari kekuatan dan terbaca belog nih. Tapi aku selalu lewat respons. 

Sebab jarang bukak email ini. 

NASIHAT DARI HATI AKU...

Buka minda & hati untuk menjadi insan yang IKHLAS. Ikhlas pada diri. Pada pasangan. Pada TUHAN. 

Sekiranya hati kita masih rasa terpaksa untuk menerima insan lain. Lupakan. Serius. 

Bukan untuk aku menghalang. Tapi kita masih boleh memilih yang TERBAIK dalam kehidupan kita. Sebab, aku bimbang bakal ada rungutan dan sebagainya.

Agak sukar untuk menyatakan ini. Sebab seolah tidak menyokong. Bukan begitu niat aku. 

Nanti aku nyatakan secara terperinci kenapa dan mengapa.

Ok bye. Selamat hari raya sekali lagi.

2 comments:

NH said...

salam, saya dah lupa lah, masa satu awak ya, nanti pm saya ya, maaf tau. tapi saya suka baca blog awak. teruskan menulis

Anonymous said...

Salam, WR teruskan usaha murni WR utk berblog ya? Memberi inspirasi kepada kami. Ceritakanlah liku2 kehidupan seorang isteri dan ibu kpd seorang suami yg dianugerahkan ini. Rujukan dari blog WR sgt membantu saya dan bakal isteri di kemudian hari. Terima Kasih.