Friday 28 April 2017

7 bulan

Hai.

Baru tersedar, eh 2017 masih boleh ada coretan kat sini!

Hai lagi sekali!

Ada ke yang masih merindu coretan aku ni? Terima kasih yang sudi membaca ya. Masih ada insan lain kat luar sana yang rajin bertegur sapa dengan aku via email. Cuma aku je yang tak berkesempatan langsung untuk respons email kalian. InshaAllah aku balas pelan-pelan & satu persatu.

Alang-alang dah bercerita, meh la aku nak bagitau. Puteri kesayangan aku dah 7 bulan usia pada hari ini. Alhamdulillah.

Pandai merangkak dah si puteri kecik. Pandai nak panjat sofa pulak tuh. Gigi je belum tumbuh lagi. Muka sebijik laaaa bapak dia. Takpelah nak, yang penting kau & papa sihat walafiat! woah.

Rasa dalam diri, terima kasih Ya Allah. Kau berikan aku cahaya mata yang comel & sihat. Berikan aku rasa bahagia yang tak terhingga rasa dia.

Nikmat tuhan berikan. Namun kadang kala aku masih leka & lupa nak bersyukur.

Eh?

Kenapa berkata begitu?

Nantilah aku cerita ya kalau mood tu datangg untuk bercerita.

Ok bai.

Nanti aku singgah lagi. Banyaknyaaaa cerita aku nak kongsi!

4 comments:

syurga menanti said...

salam. mcm mana sy nk contact awk ek. nk tye sal perkahwenan. sy akan lalui liku2 prosedur perkahwenan itu. smua org sekeliling xthu status sy mcm mana.

Unknown said...

SALAM. TAHNIAH TO BOTH OF YOU. ANAK SIHAT PAPA SIHAT MAMA BAHAGIA. AMIN. SY DOAKAN KALIAN BERDUA BAHAGIA KE JANNAH

Anonymous said...

Salam. WR saya minta jasa baik WR utk teruskan berblog sbb boleh menjadi rujukan kami plhiv yg ingin mendirikan rumah tangga. Selain itu cerita2 WR juga menjadi inspirasi kpd kami semua. Teruskan menulis ya? Bagaimana mahu berhubung dgn kamu WR?

Mr d said...

Alhamdulillah.. awak dan suami telah berjaya dan maaju dlm 1 langkah kehidupan.be strong.. cahaya mata mengikat kaseh syg awak berdua. Insyaallah..